awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Malaysia-India perkukuh CSP, dalami kerjasama semikonduktor, pendidikan
Keganasan tercetus dalam protes anti-ICE berhampiran Perkampungan Olimpik di Milan
Hasutan di media sosial: Tiga lelaki India ditahan - Polis KL
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hindraf mahu perlindungan tambahan bagi Waytha Moorthy

Bernama
Bernama
14/05/2019
14:10 MYT
Hindraf mahu perlindungan tambahan bagi Waytha Moorthy
Penyokong Hindraf dikatakan amat bimbang kerana sebelum ini terdapat serangan ke atas Waytha di pejabatnya pada 16 Ogos, 2017. - Foto BERNAMA
Hindraf menghargai kejayaan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) mematahkan serangan pengganas dan pembunuhan baru-baru ini, namun pada masa yang sama ia juga mahu Ketua Polis Negara (KPN) memberi pertimbangan menyediakan perlindungan keselamatan tambahan kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P. Waytha Moorthy.
Penasihat undang-undang Hindraf, Karthig Shan dalam satu kenyataan di sini, hari ini berkata, perkara yang membimbangkan ialah pengganas yang ditahan awal bulan ini mempunyai niat untuk membunuh beberapa personaliti berprofil tinggi berikutan dakwaan kononnya mereka gagal menyemangati Islam dan mempersendakan agama itu.
Beliau berkata, penyokong Hindraf amat bimbang kerana sebelum ini terdapat serangan ke atas Waytha di pejabatnya pada 16 Ogos, 2017 sebelum beliau menemui Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir sebelum Pilihan Raya Umum ke14.
Beliau berkata, Waytha sekali lagi disasar semasa perhimpunan ICERD dan dijadikan kambing hitam semasa isu rusuhan kuil Seafield dan seterusnya kematian anggota bomba Muhammad Adib Kassim.
Semalam, KPN Datuk Seri Abdul Hamid Bador memberitahu persidangan akhbar bahawa polis telah menahan empat orang disyaki menjalani aktiviti pengganas. Keempat-empat mereka dipercayai adalah anggota Daesh, dikatakan merancang untuk melakukan serangan pengganas ke tempat-tempat sembahyang bukan Islam dan akan menuntut pembelaan di atas kematian Muhammad Adib semasa rusuhan di kuil Sri Maha Mariamman tahun lepas.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#hindraf
#Karthig Shan
#Ketua Polis Negara
#Menteri di Jabatan Perdana Menteri
#P Waytha Moorthy
#PDRM
#penasihat undang-undang Hindraf
#Polis Diraja Malaysia
#serangan pengganas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan