Wartawan veteran Jepun, Hiroshi Kagawa mencuri tumpuan di media sosial apabila diberikan anugerah presiden FIFA pada majlis Ballon D'or.

Orang ramai dari seluruh dunia mengucapkan tahniah dan kagum dengan pencapaian wartawan berusia 90 tahun itu yang mula membuat liputan Piala Dunia pada 1974 di Jerman Barat.

Anugerah presiden FIFA merupakan satu penghargaan yang besar buat Hiroshi yang membuat liputan sepuluh temasya Piala Dunia termasuk di Brazil tahun lalu.

Laporan pertamanya yang disiarkan ialah pada 1951 bila pasukan Sweden, Helsingborg melawat Kyoto.

Fokusnya terarah kepada bola sepak selepas serangan bom atom di Hiroshima dan Nagasaki kerana percaya sukan itu dapat memberi sesuatu yang positif kepada Jepun.

Kita berharap Hiroshi dapat ke Piala Dunia Rusia pada 2018.