awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Real Madrid 'no class' - Presiden LFP

Astro Arena
Astro Arena
31/10/2024
06:00 MYT
Real Madrid 'no class' - Presiden LFP
Vinicius Junior, tidak memenangi Anugerah Ballon d'Or. - Gambar fail/ AP
PRESIDEN Liga Bola Sepak Profesional Sepanyol (LFP), Javier Tebas, mengkritik Real Madrid selepas kelab itu memboikot Majlis Anugerah Ballon d'Or sebaik mengetahui wakil mereka, Vinicius Junior, tidak memenangi anugerah utama berkenaan.
Dia menuduh Madrid 'kurang kelas' dan sepatutnya hadir ke anugerah itu, bukannya mempertikaikan proses yang dilakukan Bola Sepak Perancis, yang sememangnya telus dengan undian 100 wartawan terkemuka.
"Real Madrid berlagak menjadi mangsa dengan terlalu melampau," kata Tebas kepada L'Equipe dalam satu temu ramah.
Presiden LFP itu, yang juga merupakan penyokong Madrid, turut memberikan komen pedasnya mengenai keadaan terkini kelab berkenaan dengan berkata: "Saya tidak tahu hala tuju mereka. Mereka kurang kelas. Kita juga dapat melihatnya di Sepanyol.
"Nilai utama kelab ini adalah bersikap budiman dan bersalaman apabila anda tewas tetapi ketika ini, Madrid sudah kehilangan sikap itu," katanya. - Stadium Astro
Topic Berkaitan
#Real Madrid
#Ballon d'Or
#LFP
#Javier Tebas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan