Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menyifatkan kematian bekas setiausaha agung Parti Komunis Malaya (PKM) Chin Peng bukan satu kehilangan berikutan pengkhianatan dan keganasan yang pernah dilakukannya satu ketika dulu.
"Malah, Chin Peng yang pernah mengetuai parti komunis di negara ini bertanggungjawab penuh atas kematian beribu-ribu askar, anggota keselamatan dan rakyat kita dalam mempertahankan kedaulatan negara pada ketika itu.
"Malah, ketika mendiang tenat sebelum inipun, saya yang ketika itu Menteri Dalam Negeri tidak membenarkan sama sekali beliau dibawa pulang ke Malaysia,"katanya dalam kenyataan pada Isnin.
Beliau bersetuju dengan pandangan supaya mayat atau abu Chin Peng tidak dibenarkan ditanam di bumi Malaysia.
"Sejarah membuktikan betapa perbuatan Chin Peng satu ketika dulu telah menimbulkan pelbagai keresahan dan kacau-bilau kepada negara serta rakyat kita," tegas menteri itu.
Sementara itu, Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mengingatkan rakyat bahawa ideologi yang diperjuangkan Chin Peng masih hidup biarpun bekas pemimpin PKM itu sudah mati.
Malah, Ahmad Shabery berkata masih ramai yang 'mendewakan' Chin Peng di negara ini.
"Di saat kita merayakan perjuangan Almarhum Tunku Abdul Rahman membentuk Malaysia, kita mesti ingat bahawa inilah orang yang menentang setiap perjuangan Almarhum Tuanku.
"Parut dan luka penderitaan rakyat di bawah cengkaman pengganas komunis adalah trauma yang tidak akan dilupai," kata Ahmad Shabery.
Chin Peng atau nama sebenarnya Ong Boon Hua, yang dilahirkan pada 21 Okt, 1924 meninggal dunia di sebuah hospital di Bangkok awal pagi Isnin, kira-kira sebulan sebelum ulang tahun ke-89 kelahirannya.
Dalam reaksinya mengenai kematian itu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata di Kota Kinabalu bahawa kerajaan tidak akan mempertimbang sebarang permintaan daripada anggota keluarga Chin Peng supaya mayatnya dibawa pulang ke negara ini untuk urusan pengebumian.
Najib menarik perhatian bahawa keganasan komunis yang dipimpin Chin Peng terutama di era darurat telah menyebabkan ribuan nyawa terkorban terutama anggota keselamatan di samping beribu yang lain mengalami kecederaan atau kecacatan.
Sementara itu, Ketua MCA Labuan Datuk Chin Hon Vui berkata keputusan kerajaan itu harus diterima rakyat.
"Jangan ada yang politikkan isu ini kerana ia melibatkan sensitiviti anggota keluarga mangsa kekejaman dan keganasan komunis dan kumpulan gerila yang dipimpin Chin Peng," katanya.
Astro Awani
Mon Sep 16 2013
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Pemandu Mercedez terbakar, juga suspek langgar lari motorsikal
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motorsikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan usul perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
Sekolah di Damsyik dibuka semula
Sekolah-sekolah di Damsyik dibuka semula pada Ahad, seminggu selepas kejatuhan Presiden Syria, Bashar al-Assad.
Lebih 100 belia hadir diskusi 'Tanya Gomen' bersama Ahmad Shabery
Lebih 100 golongan belia celik teknologi hadir dalam program #TanyaGomen bersama Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, yang memberi peluang kepada orang ramai untuk berdiskusi dengan menteri secara santai.
Kanak-kanak dedah rahsia kegunaan internet di KL Converge!
Pandangan polis kanak-kanak berkaitan penggunaan internet didedahkan di KL Converge 2014.
KL Converge! buka mata tentang industri kandungan kreatif - Ahmad Shabery
KL Converge! membuka mata banyak pihak tentang masa depan dan peluang yang boleh diraih dalam industri kandungan dan kreatif di negara ini.
Measat-3b bukan satelit pengintipan - Ahmad Shabery
Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata satelit terbaru Malaysia MEASAT-3b yang berjaya dilancarkan ke orbit awal pagi ini merupakan sebuah satelit penyiaran dan bukannya satelit pengintipan.