Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dan pemimpin syarikat peneraju telekomunikasi hari ini menerima beberapa maklum balas yang menakjubkan daripada pelajar sekolah berkaitan tabiat mereka ketika melayari Internet pada satu sesi di KL Converge 2014 di sini.
Interaksi itu diselangi dengan pendedahan polos yang disifatkan sebagai bukan lagi rahsia seperti kanak-kanak tidak mahu ibu bapa mereka tahu apa yang mereka ingin lakukan ketika melayari Internet dan mereka sebenarnya lebih arif berkaitan dunia siber berbanding ibu bapa mereka.
Ramai yang mendedahkan bahawa mereka akan meluangkan masa berjam-jam melayari Internet, terutama untuk berhubung dengan rakan di laman sosial seperti Facebook, Instagram dan lain-lain.
Walau apapun, yang pasti kanak-kanak terbabit kelihatan begitu yakin ketika mengutarakan pendapat polos mereka selain mengemukakan soalan yang merangsang fikiran secara langsung kepada pemain industri pada sesi bertajuk 'Kid-SPEAK with Minister and CEOs'.
Mengulas perkara ini, Ahmad Shabery berkata: "Biasanya bila ada persidangan seperti ini, kita mendengar syarahan golongan yang bertali leher, tetapi hari ini kita menerima 'syarahan' daripada kanak-kanak."
"Saya tak sangka kanak-kanak (berusia) 10 atau 12 tahun mempunyai tahap pengetahuan yang tinggi sekali seperti perbezaan nilai mata wang dan harga minyak serta Internet itu sendiri," katanya.
"Beberapa perkara yang disampaikan menarik perhatian kami seperti tahap kelajuan Internet, ketidaksenangan mereka terhadap iklan di Internet dan aplikasi yang sering digunakan," katanya.
Beliau berkata walaupun hanya kanak-kanak, kementerian menganggap pandangan mereka sebagai perkara yang serius untuk dijadikan asas dalam pembangunan dasar berkaitan pada masa akan datang.
KL Converge, persidangan dan pameran tiga hari industri kreatif, dirasmikan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur hari ini.
Penyelaras sesi itu merangkap Ketua Pegawai Eksekutif TIME dotCom Bhd Afzal Abdul Rahim berkata sesi berkenaan menyaksikan pemahaman diri kanak-kanak yang menarik berhubung apa yang berlaku ketika mereka melayari Internet.
"Kita boleh memahami apa yang mereka ingin tahu dan bagaimana mereka menggunakan Internet dalam kehidupan seharian mereka," katanya kepada Bernama selepas sesi itu berakhir.
Sesi itu, antara acara yang diadakan bersempena penganjuran KL Converge 2014, berlangsung dalam suasana santai bagi menggalakkan komunikasi dua hala dengan kanak-kanak terbabit.
Afzal juga berkata sukar untuk ibu bapa menghalang anak mereka melayari Internet namun mereka perlu memberi amaran tentang bahaya yang menanti.
"Apa yang paling kita khuatiri ialah sama ada anak kita akan selamat atau tidak semasa mereka melayari Internet, dan untuk memastikan mereka selamat, ibu bapa perlu tahu apa risikonya," katanya.
Bernama
Wed Sep 17 2014
Kanak-kanak dedah rahsia kegunaan internet di KL Converge!
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
Lebih 100 belia hadir diskusi 'Tanya Gomen' bersama Ahmad Shabery
Lebih 100 golongan belia celik teknologi hadir dalam program #TanyaGomen bersama Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, yang memberi peluang kepada orang ramai untuk berdiskusi dengan menteri secara santai.
Kanak-kanak dedah rahsia kegunaan internet di KL Converge!
Pandangan polis kanak-kanak berkaitan penggunaan internet didedahkan di KL Converge 2014.
KL Converge! buka mata tentang industri kandungan kreatif - Ahmad Shabery
KL Converge! membuka mata banyak pihak tentang masa depan dan peluang yang boleh diraih dalam industri kandungan dan kreatif di negara ini.
Measat-3b bukan satelit pengintipan - Ahmad Shabery
Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata satelit terbaru Malaysia MEASAT-3b yang berjaya dilancarkan ke orbit awal pagi ini merupakan sebuah satelit penyiaran dan bukannya satelit pengintipan.