SEREMBAN: Kesemua 165 pelajar asrama Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Batu Kikir (Model Khas), Jempol dekat sini dibenarkan pulang sementara waktu susulan kejadian histeria di sekolah berkenaan yang dipercayai berlaku sejak Sabtu.
Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan Datuk Dr Roslan Hussin berkata hanya 20 pelajar tingkatan enam masih berada di asrama sekolah berikutan terlibat dengan peperiksaan.
"Sekolah tidak ditutup dan pembelajaran adalah seperti biasa, hanya pelajar asrama kita benarkan ibu bapa dan penjaga membawa anak mereka pulang untuk sementara waktu sehingga keadaan kembali reda.
"Berdasarkan maklumat, seramai 50 pelajar mengalami histeria dan kita masih memantau perkara ini. Keadaan ketika ini adalah stabil dan usaha pemulihan sedang dilakukan," katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Terdahulu, Ahli Parlimen Jempol Datuk Shamshulkahar Mohd Deli berkata pihaknya dimaklumkan mengenai kejadian tersebut kira-kira 10 malam tadi sebelum ke lokasi.
Beliau berkata pemeriksaan awal mendapati 50 pelajar membabitkan 19 lelaki dan 31 perempuan berusia antara 13 hingga 17 tahun didakwa mengalami histeria dengan kejadian berlaku pada waktu Maghrib dan berlarutan sehingga malam tadi.
Susulan itu, tular pesanan suara dan mesej yang memaklumkan mengenai kejadian tersebut dan meminta pihak berkaitan untuk datang membantu.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 22 2024
Ahli Parlimen Jempol Datuk Shamshulkahar Mohd Deli sewaktu meninjau keadaan di SMK Batu Kikir, Jempol. - Foto FB Berita Parlimen Jempol Offical
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
Histeria: Pelajar asrama SMK Batu Kikir, Jempol dibenarkan pulang sementara waktu
Kesemua 165 pelajar asrama SMK Batu Kikir (Model Khas), Jempol dibenarkan pulang sementara waktu susulan kejadian histeria di sekolah berkenaan.
Ngeri dan misteri... 'Histeria The Series' angkat isu sosial di sekolah
Astro Originals tampilkan kesinambungan filem box office 2008, Histeria, yang lebih berani, gore dan mengujakan.
Ibu tunggal buntu fikir nasib anak hidap penyakit misteri
Pelbagai usaha dilakukan bagi mengubati penyakit anak sulung daripada tiga beradik itu termasuk membawanya ke hospital dan berubat secara tradisional.
Penonton Munafik 2 terkena histeria bila ustaz Azhar baca ayat Ruqyah?
Filem sekuel, Munafik 2 yang mencetuskan fenomena dengan sambutan luar biasa daripada penonton terus mencuri tumpuan apabila dikatakan ada dalam kalangan penonton yang terkena 'histeria'.
Histeria menyerang SMK Ketereh, puluhan pelajar jadi mangsa
Histeria di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ketereh kembali menyerang buat kali ketiga dengan 30 pelajar pula menjadi mangsa.
Histeria: Lelaki diikat sebelum dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar
Mangsa dikatakan berada dalam parit sambil meronta-ronta di Jalan Stesen Kampung Kuala Sawah sebelum dikejarkan ke hospital oleh pihak bomba.
Histeria berkait rapat dengan kebersihan diri
Histeria adalah berkait rapat dengan penjagaan kebersihan diri, dan jika ia diabaikan, mahkluk halus akan mudah mendekati mangsa.
PPD diberi kuasa tangani kes histeria - Mahdzir
Pihak sekolah juga dibenar mencari penyelesaian terbaik termasuk dengan menggunakan kaedah perubatan tradisional.
Sekolah histeria: Pengamal perubatan Islam bantu halau makhluk halus
Beberapa pengamal perubatan Islam dan dukun sudah memulai sesi menghalau makhluk halus di sekolah berkenaan.
Takutkan anak dengan makhlus halus penyebab histeria - Mufti Kelantan
Sikap menakut-nakutkan anak dengan makhluk halus merupakan antara penyebab berlaku histeria, kata Mufti Kelantan Datuk Mohamad Shukri Mohamad.