awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hisyam Teh ketuai pasukan pembelaan rayuan kes rogol bekas ADUN Tronoh

Bernama
Bernama
01/12/2023
08:17 MYT
Hisyam Teh ketuai pasukan pembelaan rayuan kes rogol bekas ADUN Tronoh
Hisyam (gambar) akan mengetuai pasukan pembelaan bersama peguam Datuk Rajpal Singh dan Salim Bashir dalam rayuan itu. - Gambar fail
PUTRAJAYA: Peguam kanan Datuk Hisyam Teh Poh Teik akan mengetuai pasukan pembelaan dalam rayuan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tronoh Paul Yong Choo Kiong terhadap sabitan, hukuman penjara 13 tahun dan dua sebatan rotan kerana merogol pembantu rumahnya pada 2019.
Sumber mengesahkan kepada Bernama bahawa Hisyam akan mengetuai pasukan pembelaan bersama peguam Datuk Rajpal Singh dan Salim Bashir dalam rayuan itu.
Mahkamah Rayuan menetapkan 30 Jan 2024 bagi pendengaran rayuan Yong.
Kes Yong juga ditetapkan pada Selasa (5 Dis) di hadapan Mahkamah Rayuan untuk pendengaran permohonan bagi memasukkan alasan tambahan kepada petisyen rayuannya.
Pada 27 Julai tahun lepas, Mahkamah Tinggi Ipoh mendapati Yong bersalah merogol pembantu rumah warga Indonesia berusia 23 tahun di sebuah bilik di rumahnya di Ipoh, Perak antara 8.15 malam dan 9.15 malam pada 7 Julai 2019.
Yong, 53, diberi penangguhan pelaksanaan hukuman sementara menunggu rayuan di Mahkamah Rayuan.
Mahkamah Tinggi juga membenarkan Yong diikat jamin RM30,000 dengan seorang penjamin dan memerintahkan beliau menyerahkan pasport kepada mahkamah.
Yong dalam keterangannya menafikan beliau merogol mangsa.
Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Abdul Wahab Mohamed dalam keputusannya berkata mahkamah bersetuju dengan pihak pendakwaan bahawa pembelaan Yong iaitu kejadian rogol itu tidak berlaku adalah tidak boleh dipercayai, hanya penafian dan pemikiran semula.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bekas ADUN Tronoh
#kes rogol
#Paul Yong Choo Kiong
#Hisyam Teh Poh Teik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan