KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini pada Isnin diberitahu bahawa peguam, Datuk Hisyam Teh Poh Teik akan mengetuai pasukan pembelaan dalam rayuan pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali bagi kes mengabai dan menganiaya seorang kanak-kanak perempuan berusia 13 tahun dikenali sebagai Bella.
Peguam, Nur A'minahtul Mardiah Md Nor berkata demikian ketika pengurusan kes prosiding permohonan rayuan penangguhan sabitan dan hukuman penjara di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi, Hakim Datuk Ahmad Bache.
“Saya dan seorang lagi peguam, iaitu Mohammad Farhan Maaruf akan bekerjasama dengan Hisyam dalam rayuan itu kelak,” katanya.
Untuk rekod, Hisyam merupakan peguam dalam rayuan akhir bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd.
Beliau turut membela Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang berdepan 47 pertuduhan dengan 12 daripadanya membabitkan pecah amanah, lapan rasuah dan 27 pengubahan wang haram melibatkan puluhan juta ringgit dana milik Yayasan Akalbudi.
Hisyam juga merupakan peguam dalam rayuan akhir kerani, Sam Ke Ting yang dilepas dan dibebaskan atas pertuduhan memandu secara melulu dan menyebabkan kematian lapan remaja penunggang basikal lajak di Johor Bahru, pada 2017.
Dalam pada itu, Nur A’minahtul memaklumkan, satu perakuan segera telah difailkan bersama afidavit tersebut.
“Kami mohon agar permohonan ini didengar dengan segera kerana Siti Bainun mempunyai masalah kesihatan dan saya akan lampirkan dokumen perubatan berhubung isu itu,” katanya.
Sementara itu, peguam, Ahmad Faiz Munawar yang turut mewakili Siti Bainun berkata, pihak pembelaan telah memfailkan afidavit untuk menangguhkan sabitan hukuman, yang diputuskan oleh Mahkamah Sesyen.
“Kami mohon mahkamah menetapkan prosiding pendengaran itu dibuat pada tarikh singkat, selewat-lewatnya minggu depan,” katanya.
Menurut afidavit sokongan difailkan, antara alasan permohonan itu dibuat ialah, Siti Bainun mempunyai masalah kesihatan seperti asma dan penyakit hempedu.
Siti Bainun juga perlu menanggung ibunya yang tua dan sakit selain dia memerlukan perhatian serta rawatan.
Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya, Zilfinaz Abbas berkata, pendakwaan telah menerima afidavit berkenaan pada Jumaat lalu, maka beliau memohon tempoh 14 hari untuk menjawabnya.
“Selain saya, pihak pendakawaan turut dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nor Aziah Mohamad, Zahida Zakaria dan Shakira Aliana Alias.
“Bagaimanapun, mereka mempunyai tugas masing-masing dan kami memerlukan masa untuk berbincang sebelum menjawab afidivit tersebut,” katanya.
Selepas hujahan berkenaan, Ahmad Bache meminta pihak pendakwaan untuk menjawab afidiavit tersebut dalam tempoh 10 hari dan menetapkan 18 Mei ini untuk mendengar permohonan itu.
Pada 3 Mei lalu, Mahkamah Sesyen di sini menjatuhi hukuman penjara 10 tahun bagi kesalahan mengabai dan 12 tahun untuk pertuduhan menganiaya Bella.
Bagaimanapun, Hakim Izralizam Sanusi memerintahkan hukuman itu berjalan serentak bermula Rabu lalu.
Mahkamah juga memerintahkan tertuduh menandatangani bon berkelakuan baik dalam tempoh lima tahun dengan seorang penjamin warganegara tempatan, berserta cagaran RM5,000.
Siti Bainun juga diarah melaksanakan khidmat masyarakat selama 200 jam yang perlu disempurnakan dalam tempoh enam bulan selepas tamat hukuman penjara.
Sementara itu, Siti Bainun dilihat melambai tangan sambil membuat 'fying kiss' kepada ibu dan ahli keluarga yang hadir pada prosiding itu.
Ibunya juga dilihat mengalirkan air mata sebelum meninggalkan mahkamah.
Pada Rabu lalu, Izralizam menolak permohonan Siti Bainun untuk menangguhkan hukuman penjara 12 tahun berhubung isu penganiayaan dan pengabaian Bella.
Ia selepas mahkamah mendapati wanita berusia 31 tahun itu gagal menunjukkan keadaan luar biasa bagi membolehkan mahkamah membenarkan permohonan penangguhan terhadapnya.
Mengikut pertuduhan, dia didakwa mengabai dan menganiaya remaja perempuan sindrom Down berusia 13 tahun itu sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal serta emosi.
Kesalahan dilakukan di sebuah unit kondominium di Wangsa Maju antara Februari dan Jun 2021 mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya.
*Artikel asal disiarkan di Sinar Harian
Sinar Harian
Mon May 08 2023
Hisyam Teh Poh Teik (kanan) akan mengetuai pasukan pembelaan dalam rayuan Siti Bainun (kiri) bagi kes mengabai dan menganiaya seorang kanak-kanak perempuan berusia 13 tahun dikenali sebagai Bella. -Foto Sinar Harian
Raih RM31 juta sejak ditayangkan! Sheriff kini filem no. 1 di Malaysia
Berita gembira ini turut disokong oleh abang Syafiq, Syamsul Yusof yang turut bangga dengan kejayaan naskhah yang dihasilkan adiknya.
Letupan bom Sungai Golok: PDRM tingkat kawalan keselamatan sempadan Malaysia-Thailand
PDRM mempertingkatkan kawalan keselamatan di sempadan Malaysia-Thailand susulan insiden letupan bom dan bunyi tembakan di Sungai Golok.
Pemain ragbi meninggal dunia selepas perlawanan pasukan pilihan MB Kedah
Seorang bekas pemain Sukma Kedah meninggal dunia selepas menyertai perlawanan pertunjukan pasukan pilihan Menteri Besar Kedah pada Ahad.
OCC: Masih banyak usaha perlu dibuat dalam isu hak kanak-kanak
Masih banyak yang perlu dilakukan kerana Malaysia masih ketinggalan berbanding negara lain dalam menangani isu penderaan dan masalah sosial melibatkan kanak-kanak.
iPad Pro mungkin dijana dengan cip Apple M4 terbaharu, fokus ciri AI
Cip Apple M4 dijangka memfokuskan kepada keupayaan enjin neural yang disertakan bersama dengannya membolehkan ia menawarkan ciri AI yang lebih baik.
Lebih 840,000 permohonan untuk London Marathon 2025 pecah rekod dunia
Jumlah permohonan untuk menyertai larian TCS London Marathon tahun depan telah memecahkan rekod dunia.
WEF: Anwar jumpa 50 pemimpin industri & perniagaan, yakin pelabur bernilai tinggi pilih Malaysia
Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan keyakinan lebih banyak pelabur bernilai tinggi akan memilih Malaysia sebagai destinasi pelaburan mengikut jejak langkah syarikat-syarikat gergasi seperti Tesla, AWS, Infineon dan Nvidia.
AWANI Ringkas: Ikut jejak syarikat gergasi lain
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Bursa Malaysia dibuka tinggi seiring prestasi Wall Street
Bursa Malaysia dibuka rendah pada Isnin, mengambil petunjuk pasaran serantau dan kenaikan di Wall Street pada hari Jumaat.
Kementerian Perpaduan kaji keperluan pelan tindakan pendidikan & penghargaan Rukun Negara
Kementerian Perpaduan Negara melalui Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional akan mengkaji keperluan untuk melancarkan Pelan Tindakan Pendidikan & Penghargaan Rukun Negara sejajar dengan Dasar Perpaduan Negara 2021-2030.
Keputusan rayuan sabitan bersalah Siti Bainun abai, aniaya Bella tangguh 2 Mei
Siti Bainun Ahd Razali di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terhadap sabitan dan hukuman penjara 12 tahun bagi kesalahan mengabai serta menganiaya seorang remaja perempuan sindrom Down atau Bella.
Keputusan rayuan sabitan bersalah Siti Bainun abai, aniaya Bella 24 April
Mahkamah Tinggi di sini pada Khamis menetapkan 24 April depan untuk keputusan rayuan pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali terhadap sabitan bersalah.
Rayuan Siti Bainun terhadap sabitan, hukuman penjara ditangguh ke 30 Jan
Pendengaran rayuan Siti Bainun terhadap sabitan dan hukuman bagi kesalahan mengabai serta menganiaya seorang remaja perempuan sindrom Down ditangguhkan ke 30 Jan depan.
Siti Bainun alami penurunan berat, tarik perhatian umum
Difahamkan, berat badan wanita berusia 31 tahun itu kini merosot kepada 90kg sahaja.
Penjara 12 tahun, rayuan Siti Bainun didengar hari ini
Semakan laman web mahkamah mendapati, prosiding akan didengar di hadapan Hakim Datuk Noorin Badaruddin.
Kes Rumah Bonda cabar tindakan sita dikembalikan ke Mahkamah Tinggi
Panel tiga hakim mendapati terdapat merit dalam rayuan Rumah Bonda dan mahkamah juga bersetuju permohonan itu akan didengar secara substantif.
Rayuan Siti Bainun terhadap sabitan dan hukuman didengar 12 Okt
Tarikh itu ditetapkan oleh Penolong Kanan Pendaftar Nur Azizah Jaafar pada prosiding pengurusan kes hari ini.
Tiada keadaan khas lepaskan Siti Bainun daripada penjara - Hakim
Mahkamah Tinggi menolak permohonan Siti Bainun Ahd Razali untuk menangguhkan hukuman penjara kerana tiada keadaan khas mewajarkannya.
Siti Bainun kekal dipenjara, permohonan tangguh hukuman ditolak
Mahkamah Tinggi menolak permohonan pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali untuk menangguhkan hukuman penjara 12 tahun berhubung kes mengabai dan menganiaya remaja sindrom Down dikenali Bella.
Keputusan permohonan Siti Bainun tangguh hukuman penjara diketahui 23 Mei
Mahkamah Tinggi menetapkan 23 Mei untuk keputusan permohonan Siti Bainun bagi penggantungan pelaksanaan hukuman penjara 12 tahun.