awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ratu cantik Malaysia angkat pendidikan kanak-kanak terpinggir
PBB gesa lebih banyak negara terima pesakit Gaza selepas sempadan Rafah dibuka semula
Gangguan seksual: Lesen PSV pemandu e-hailing dibatal serta-merta - Loke
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hi-TVET akan terus diperkukuh dengan program berimpak tinggi - Ahmad Zahid

Bernama
Bernama
27/09/2024
22:45 MYT
Hi-TVET akan terus diperkukuh dengan program berimpak tinggi - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid (dua, kiri) melawat reruai pameran pada Majlis Perasmian Ekspo TVET KKDW 2024 di MITC, Melaka, 27 Sept 2024. --fotoBERNAMA
MELAKA: Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) komited untuk terus memperkukuh Program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional Aras Tinggi (Hi-TVET) dengan memperkenal pelbagai program berimpak tinggi.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, berkata ini termasuk memilih Melaka sebagai pusat Hi-TVET di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) menerusi program kecerdasan buatan (AI), Internet Kebendaan (IoT) dan robotik.
"Program ini telah menjadi pilihan utama jabatan dan fakulti di institusi tersebut di samping turut menyelaras dengan empat lagi universiti termasuk UniKL untuk memenuhi keperluan tenaga kerja dengan kemasukan Pelaburan Langsung Asing (FDI).
"Pada masa sama, syarikat CTRM (Composites Technology Research Malaysia Sdn Bhd) di sini turut menawarkan tempat dalam bidang aeroangkasa yang bukan sahaja (membolehkan mereka) bekerja di CTRM tetapi mempunyai kolaborasi dengan Airbus dan Boeing untuk menghantar lepasan aeroangkasa Hi-TVET ini ke luar negara seperti Amerika Syarikat dan Eropah," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Ekspo Institusi Pendidikan TVET@KKDW 2024: Memperkasa Agenda TVET Nasional di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh di sini semalam.
Ahmad Zahid, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Majlis TVET Negara, berkata bidang Hi-TVET juga akan memberi penekanan dalam bidang perkapalan, maritim, kereta api serta sektor penyenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO) bagi pesawat memandangkan permintaan untuk bidang itu amat tinggi.
Beliau juga berkata iklim pelaburan di Malaysia yang terbuka meyakinkan pelabur untuk melabur di negara ini berdasarkan kemudahan yang ada serta tenaga berkemahiran keluaran 1,345 institusi TVET di seluruh negara dalam bidang yang mereka kehendaki.
Ekspo TVET@KKDW 2024 menyaksikan 16 sesi pertukaran memorandum persefahaman membabitkan 17 rakan strategik.
Kerjasama itu meliputi pelbagai bidang utama dalam TVET di bawah institusi pendidikan KKDW termasuk automotif, industri komposit aeroangkasa, Revolusi Industri 4.0, kenderaan elektrik, keselamatan siber, teknologi digital dan latihan selaman.
Ekspo tiga hari bermula semalam menyasarkan penyertaan lebih 300,000 orang termasuk 200,000 secara hibrid yang menampilkan enam zon dengan pelbagai pengisian dan turut menawarkan 2,000 peluang pekerjaan melalui 20 majikan menerusi sesi temu duga terbuka MyFutureJobs.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Hi-TVET
#program berimpak tinggi
#TVET
#Zahid Hamidi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan