awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[KOLUMNIS] Malaysia mesti pertahan kedaulatan digital sebelum terlambat
Penulis novel adaptasi filem 'Drive' James Sallis meninggal dunia
Kemudahan WCFC tingkat keupayaan UMT dalam bidang penyelidikan marin, maritim
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

HKL siasat dakwaan insiden komplikasi berhubung penggunaan mesin ventilator

Bernama
Bernama
28/01/2024
12:02 MYT
HKL siasat dakwaan insiden komplikasi berhubung penggunaan mesin ventilator
HKL sentiasa memastikan peralatan perubatan yang digunakan dipantau dan diselenggara mengikut jadual. - Gambar fail
PUTRAJAYA: Pihak Hospital Kuala Lumpur (HKL) sedang menyiasat dakwaan insiden komplikasi membabitkan pesakit yang menerima bantuan pernafasan melalui mesin ventilator di hospital itu.
Pengarah HKL Dr Rohana Johan berkata sebarang komplikasi membabitkan keselamatan pesakit susulan rawatan kesihatan akan disiasat melalui sistem pengendalian insiden seperti diperuntuk dalam Garis Panduan Pengurusan Pengendalian Insiden oleh Kementerian Kesihatan (KKM).
"HKL ingin memaklumkan bahawa kejadian yang dilaporkan media pada 27 Jan berkaitan isu pesakit yang menerima rawatan melalui mesin ventilator sedang dalam siasatan pihak hospital," menurutnya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata HKL dengan kerjasama syarikat konsesi hospital sentiasa memastikan peralatan perubatan yang digunakan dipantau dan diselenggara mengikut jadual agar perkhidmatan kesihatan berkualiti diberikan kepada pesakit.
Semalam, sebuah portal berita tempatan melaporkan bahawa menurut dakwaan sumber, seorang pesakit meninggal dunia manakala seorang lagi diisytiharkan mati otak dalam tempoh seminggu di wad berasingan di sebuah hospital di Lembah Klang susulan kegagalan ventilator.
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan pula dilaporkan berkata KKM sedang menyiasat dakwaan itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#HKL
#kegagalan ventilator
#komplikasi kepada pesakit
#insiden kematian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan