DREBAR
Honda BR-V – direka khusus untuk pasaran Asia; dengan tujuh tempat duduk

Honda baharu sahaja mengeluarkan lakaran rasmi pertama untuk model serba baharu yang dikenali sebagai BR-V. Ia akan dipertontonkan buat pertama kali ketika pameran kereta antarabangsa Gaikindo Indonesia bulan Ogos nanti.
[BR-V adalah singkatan bagi Bold Runabout Vehicle]
Model ini adalah model ketiga yang diberikan tanggungjawab oleh ibu pejabat Honda untuk dibangunkan oleh pasukan R&D Honda Asia Pacific Co. Ltd. (HRAP) di negara Thailand. Ia juga direka khusus untuk pasaran Asia.

Sepertimana model HR-V, model baharu ini mendapat rekaan SUV dengan jarak kepada permukaan tanah yang tinggi. Honda juga menggambarkannya mempunyai ruang dalaman luas dan cukup untuk menempatkan tujuh tempat duduk (di dalam tiga barisan). Ini menjadikannya seakan-akan jawapan Honda bagi Toyota Rush.
Enjin adalah berkapasiti 1.5-liter, petrol, dengan pilihan antara dua kotak gear. Tidak dinyatakan apakah pilihan-pilihan ini tetapi itu mudah diagak – manual dan CVT.


Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami