DREBAR
Honda pula dengan FCV terbaharu mereka


Kenderaan konsep ini berteraskan pendapat Honda yang menjangkakan hidrogen sebagai unsur tenaga berpotensi tinggi pada masa hadapan disebabkan ciri-cirinya yang mudah disimpan, diangkut, dan juga dapat dihasilkan daripada pelbagai sumber.
Sepertimana teknologi ‘fuel cell’ yang lain, tenaga dihasilkan daripada tindakbalas kimia diantara hidrogen dan oksigen, yang kemudiannya digunakan untuk menjana motor elektrik yang disambung kepada roda.
Jumlah masa lama yangdiperlukan Honda untuk mengkaji dan menyempurnakan teknologi FCV mereka dapat dibuktikan dengan fakta bahawa Honda FCX adalah model ‘fuel cell’ pertama di dunia yang diiktiraf Agensi Perlindungan Alam Sekitar (EPA) Amerika Syarikat pada tahun 2002. Sejak tahun itulah juga Honda mula menjual-pajak model ini di Jepun dan Amerika.

Pada tahun 2003 pula, mereka mencipta FC Stack Honda, sebuah tindanan komponen ‘fuel cell’ yang buat pertama kali di dunia mampu untuk berfungsi di bawah suhu beku. Pengalaman Honda berkenaan FCV bertambah lagi setelah memperkenalkan model FCX Clarity pada tahun 2008 (seperti gambar di bawah).
FCX Clarity inilah yang digunakan sebagai asas kepada FCV Concept. Honda mempunyai objektif untuk bukan sahaja menaikkan lagi prestasi yang ada tetapi juga untuk mengurangkan kos.

Antara tambah baik yang berlaku sejak FCX Clarity adalah pengecilan sebanyak 33% untuk binaan ‘fuel stack’ sekaligus menaikkan output sebanyak 100kW serta ketumpatan output sehingga 3.1kW/L. Ini adalah 60% lebih baik berbanding sebelumnya.
Kelebihan lain yang Honda berikan adalah susun atur sistem pacuan yang membolehkan kenderaan ini untuk diadaptasikan kepada model-model masa hadapan.
Bekalan hidrogen disimpan di dalam tangki dengan tekanan setinggi 70 MPa dengan kapasiti cukup untuk perjalanan sejauh 700km (mengikut keadaan sewaktu ujian dilakukan, dengan mod standard JC08). Tangki ini dapat diisi dalam masa hanya 3 minit.

Sepertimana Toyota Mirai (dan juga Honda FCX Clarity sendiri), FCV Concept ini mempunyai kebolehan untuk berfungsi sebagai penjana kuasa yang dapat membekalkan tenaga elektrik kepada komuniti kecil apabila diperlukan. Contohnya sewaktu bencana atau sepertinya.
Penggunaan fungsi ini secara praktical memerlukan komponen tambahan iaitu Honda Power Exporter Concept (gambar di atas). Ini untuk mengeluarkan ouput cas elektrik 9kW jenis AC daripada kereta itu.

Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami