BERA: Satu dewan bedah dengan anggaran kos RM9 juta akan dibina di Hospital Bera bagi melengkapi kemudahan sedia ada di fasiliti kesihatan berkenaan, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.
Beliau berkata dewan bedah itu juga bakal bertindak sebagai sokongan kepada perkhidmatan Dewan Bedah di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh yang sudah mencapai tahap optimum, sekali gus dapat meringankan beban hospital berkenaan di masa akan datang.
"Hospital Bera mempunyai kapasiti 40 katil dan boleh diperkembangkan hingga mampu menampung 60 katil pada masa hadapan.
"Di samping itu, hospital ini juga bakal menyediakan perkhidmatan pesakit luar, pesakit dalam, dianogstik dan rawatan, perkhidmatan sokongan perubatan, dan perkhidmatan sokongan bukan perubatan," katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Hospital Bera, di sini hari ini.
Khairy berkata projek pembinaan Hospital Bera yang diluluskan di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) mula beroperasi pada 1 Julai dengan pembukaan 24 jam Unit Kecemasan dan Trauma serta Pusat Penilaian.
Beliau berkata Dewan Bersalin dan Unit Pesakit Dalam melibatkan Wad Bersalin dan Wad Kanak-Kanak pula dibuka pada 2 Ogos manakala Wad Dewasa, Klinik Pakar dan perkhidmatan lain pula akan mula beroperasi mulai 1 Oktober hadapan.
Khairy berkata Hospital Bera merupakan Hospital Daerah Tanpa Pakar yang diletakkan di bawah Program Hospital Kluster Pahang Tengah dengan Hospital Jengka, Hospital Jerantut dan Hospital Bentong, serta diterajui oleh Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh sebagai hospital kluster utama.
"Menerusi kluster ini, khidmat kepakaran seperti Kecemasan dan Trauma, Obstetrik dan Ginekologi, Perubatan Am, Psikatari, Pediatrik dan Rehabilitasi akan dapat disediakan di Hospital Bera melalui konsep lawatan pakar mulai bulan hadapan," katanya.
Menurut Menteri Kesihatan, Hospital Bera juga dipilih sebagai fasiliti yang melaksanakan projek rintis bagi beberapa teknologi dan konsep kolaboratif, antaranya teknologi robotik dalam penyampaian perkhidmatan penghantaran makanan dan sampel makmal, dan pelaksanaan Sistem Pengurusan dan Pemerhatian Pesakit bagi pemantauan pesakit secara digital dan berpusat.
Selain itu, ia juga terlibat dalam projek rintis naik taraf jaringan tanpa wayar bagi memudah cara perawatan serta menyediakan akses internet kepada pesakit dan pelawat, serta usaha kolaboratif antara Kementerian Kesihatan (KKM) dengan Yayasan Kebajikan Negara di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, bagi menaik taraf kemudahan anjung pelawat demi keselesaan waris pesakit.
Khairy berkata bagi meningkatkan perkhidmatan kesihatan yang lebih menyeluruh di Bera, KKM akan melaksanakan Perkhidmatan Penyumberluaran Perkhidmatan Pergigian Pesakit Luar bagi penduduk Bera di kawasan Bukit Mendi, Kemayan dan Tembangau dalam masa terdekat melibatkan kos perkhidmatan kira-kira RM1 juta.
Jelasnya, kerjasama awam dan swasta itu memberi manfaat kepada kira-kira 31,000 penduduk di tiga kawasan berkenaan yang ingin mendapatkan rawatan pergigian asas seperti sapuan florida, penskaleran, tampalan, cabutan dan juga gigi palsu.
Sementara itu, menyentuh mengenai projek fasiliti kesihatan lain di Pahang, Khairy berkata dua lagi fasiliti dijangka dapat disiapkan tahun ini iaitu klinik kesihatan dengan kuarters Bandar Raub, yang dijangka siap pada awal bulan hadapan dan projek naik taraf bangunan hemodialisis di Hospital Raub yang dijangka siap pada awal November.
Khairy berkata klinik kesihatan dengan kuarters di Kampung Temai, Pekan dan klinik kesihatan dengan kuarters di Kampung Chegar 6 Perah, Lipis pula masing-masing telah memulakan operasi pada 1 Julai dan 15 Julai lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Aug 20 2022
Ismail Sabri mengadakan lawatan ke wad kanak-kanak selepas merasmikan Hospital Daerah Bera hari ini, sambil diiringi Khairy Jamaluddin. - Bernama
Kertas kabinet wujud sektor sukan dibentang dalam tempoh sebulan - Hannah
Hannah berkata dengan data yang lebih menyeluruh melibatkan sektor industri sukan nanti, pihaknya akan mampu merangsang pertumbuhan sukan di negara ini dengan lebih baik.
Tiga Syarikat Semikonduktor umum melabur di Pulau Pinang - Kon Yeow
Tiga syarikat semikonduktor dari China menyatakan komitmen untuk membuat pelaburan baharu di Pulau Pinang.
Pindaan garis panduan lawatan: Sekolah diharap susun semula program - Fadhlina
Semua sekolah diharap dapat menyusun semula program lawatan masing-masing berikutan pindaan Garis Panduan Lawatan Murid Sekolah pada tahun lepas bagi mengukuhkan pembelajaran di luar kelas, kata Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.
Kebajikan pendidikan anak-anak dijaga sehingga tamat sekolah - KPM
Kementerian Pendidikan Malaysia akan memastikan kebajikan pendidikan anak-anak 10 pegawai dan anggota Tentera Laut Diraja Malaysia yang terkorban dalam nahas helikopter di Lumut, Perak, terus dijaga sehingga mereka tamat persekolahan.
Chegubard ditahan polis berkaitan hantaran mengenai kasino di Forest City
Chegubard ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di sini berkaitan hantaran mengenai pengoperasian kasino di Forest City pada Sabtu.
Zahid minta pihak dalam BN buka "buku baharu"
Ahmad Zahid menegaskan senario politik tanah air sudah berubah dan terdapat banyak video lama dari parti lawan yang meminta pengundi menyokong DAP.
Malaysia kongsi pengalaman dalam usaha berterusan mempertahan Palestin
Delegasi negara akan berkongsikan peranan Malaysia dalam usaha berterusan mempertahankan nasib Palestin dalam Persidangan Liga Parlimen Al-Quds kelima yang berlangsung di Istanbul, Turki pada Sabtu.
Universiti Malaya mohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia
Jabatan Pengajian Antarabangsa dan Strategik, Universiti Malaya memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia berhubung kenytaaan tidak bertanggungjawab Profesor Dr Bruce Gilley pada 24 April lalu.
Genting Malaysia nafi terbabit perbincangan
Selepas Berjaya Corporation Bhd dan Kerajaan Negeri Johor, kini Genting Malaysia Bhd pula menafikan sebarang penglibatan dalam perbincangan mengenai pengoperasian kasino di Forest City, Johor.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 27 April 2024.
Hospital Bera mula operasi awal tahun hadapan
Hospital Bera yang dalam peringkat akhir pembinaan dijangka memulakan operasi pada awal tahun hadapan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Hospital Bera dijangka siap penghujung tahun 2021
Penantian penduduk Bera menunggu sebuah hospital akhirnya tercapai apabila sebuah hospital baharu dijangka siap penghujung tahun ini.