awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Peranan Malaysia bantu konflik Thailand-Kemboja antara tumpuan Dewan Rakyat
Pihak berkuasa bertungkus-lumus kekang tumpahan minyak kapal kargo karam di perairan Thailand
Thailand saksi legasi keluarga Ghazali
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hospital di Sabah masih mampu urus kes COVID-19 - Masidi

Ridzal Abdullah
Ridzal Abdullah
18/10/2020
14:59 MYT
Hospital di Sabah masih mampu urus kes COVID-19 - Masidi
Masidi berkata sebanyak sembilan hospital terlibat dalam pengurusan pesakit COVID-19 di Sabah. -Astro AWANI
KOTA KINABALU:Semua hospital yang mengendalikan kes COVID-19 di Sabah masih mampu menampung pesakit walaupun negeri itu berhadapan peningkatan bilangan kes agak tinggi.
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Masidi Manjun, berkata kerajaan negeri yakin hospital terlibat masih mampu tangani bilangan pesakit yang melonjak.
"Hari ini Sabah mencatatkan sebanyak 702 kes... sangat membimbangkan dan mengejutkan, namun untuk makluman bilangan kes ini melonjak kerana keputusan saringan yang tertunda membabitkan sebanyak 7,000 ribu sampel yang baru sahaja diperolehi.
"Sebanyak 11,000 sampel lagi masih tertunda (keputusan) setakat ini dan dijangkakan jumlah kes selepas hari ini akan bertambah dan tinggi," ujar beliau pada sidang media khas petang tadi di Wisma Innoprise.
Masidi menambah, sebanyak sembilan buah hospital terlibat dalam pengurusan pesakit COVID-19 termasuk 22 buah bangunan yang telah diubah suai untuk menjadi pusat kuarantin sementara.
Selain itu beliau menafikan wujud isu kekurangan bekalan kelengkapan perlindungan diri (PPE) seperti yang tular di media sosial ketika ini.
Masidi turut menegaskan, walaupun kerajaan negeri Sabah tidak melantik jawatan Menteri Kesihatan Negeri seperti kerajaan sebelum ini, namun tugas tersebut digalas oleh Menteri Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat dengan dibantu Kementerian Kesihatan Negeri serta Majlis Keselamatan Negeri.
Sementara itu, terdahulu pada majlis sama, Masidi menyaksikan penyerahan cek daripada Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sabah (SEDCO) kepada Tabung Bencana COVID-19 Negeri Sabah berjumlah RM1 juta yang disampaikan oleh Pengurus Besar Kumpulan SEDCO, Datuk Pangiran Saifuddin Pangiran Tahir.
Dalam pada itu, Masidi juga mengumumkan seorang ahli perniagaan, Tan Sri Desmond Lim telah menyumbang RM2 juta untuk Tabung Bencana Negeri Sabah.
"Dana dan sumbangan ini akan digunakan untuk membantu barisan hadapan kita di semua kawasan terlibat," kata beliau.
Hadir sama, Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Ir Shahelmey Yahya; Pengarah Kesihatan Negeri Sabah, Datuk Dr Christina Rundi dan Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Datuk Safar Untong.
Topic Berkaitan
#Hospital
#Sabah
#masih mampu tangani kes covid-19
#COVID-19
#bilangan kes meningkat
#hospital di sabah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan