awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kesesakan lalu lintas menyebabkan Hanoi rugi AS$1.2 bilion setahun
Pembunuh bersiri Britain mengaku bunuh remaja pada 1999 sebelum bunuh lima wanita pada 2006
Hati-hati sapu minyak urut pada anak, jangan main beli!
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hospital Kapit terima lima unit ventilator

Bernama
Bernama
18/07/2021
15:57 MYT
Hospital Kapit terima lima unit ventilator
Sumbangan itu merupakan sebahagian daripada inisiatif SSM dalam usaha memanfaatkan peruntukan agihan zakat korporat bagi membantu pesakit mengalami masalah pernafasan yang teruk akibat jangkitan wabak COVID-19. - Gambar/ Facebook Hospital Kapit
SIBU: Hospital Kapit hari ini menerima lima unit mesin ventilator bernilai RM125,000 daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menerusi peruntukan agihan zakat korporat Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
Majlis penyerahan mesin ventilator kepada hospital itu disempurnakan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.
Nanta menerusi satu kenyataan memaklumkan sumbangan itu merupakan sebahagian daripada inisiatif SSM dalam usaha memanfaatkan peruntukan agihan zakat korporat bagi membantu pesakit mengalami masalah pernafasan yang teruk akibat jangkitan wabak COVID-19.
"Mesin ventilator ini akan menjadi alat sokongan kepada pesakit yang memerlukan bantuan pernafasan untuk mengawal pengaliran oksigen dengan lebih baik dan mudah dikendalikan berbanding alat bantuan pernafasan biasa," kata Ahli Parlimen Kapit itu.
Sementara itu, mengulas mengenai bakul makanan di bawah Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) bagi kawasan parlime Kapit, Nanta berkata proses pengagihan telah bermula dan dijangka akan diteruskan sehingga Ogos depan.
"Saya telah mengagihkan RM100,000 untuk setiap kawasan Dewan Undangan Negeri di kawasan parlimen Kapit. Sebanyak 3,000 keluarga bakal menerima bantuan itu," katanya.
Menerusi PEMULIH yang diumum kerajaan pada 28 Jun lepas, RM300,000 diperuntukkan kepada setiap Ahli Parlimen termasuk daripada pembangkang untuk melaksanakan Bantuan Bakul Makanan kepada golongan terjejas di kawasan masing-masing.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Hospital Kapit
#ventilator
#SSM
#zakat
#COVID-19
#KPDNHEP
#Alexander Nanta Linggi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan