GEORGE TOWN: Hospital medan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di tapak parkir Hospital Pulau Pinang (HPP), di sini, bagi menempatkan pesakit COVID-19 dijangka beroperasi sepenuhnya esok.
Pegawai Memerintah Batalion Kedua Perubatan ATM, Leftenan Kolonel Dr Mohd Zamri Derahman berkata operasi hospital medan yang menempatkan 100 katil bagi merawat pesakit COVID-19 tahap empat dan lima itu dapat dibuat lebih awal sehari berbanding jangkaan awal pengoperasiannya iaitu lusa.
"Kami menjalankan ujian 'dry run' dan latihan keselamatan kebakaran pengungsian bersama pihak HPP serta Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) bagi melihat kelancaran pengoperasian dan keadaan dalam hospital medan tersebut.
"Pihak JBPM maklumkan semuanya berjalan lancar, jadi kita menjangkakan hospital medan ini dapat beroperasi esok. Berdasarkan perbincangan ATM dengan pasukan Kementerian Kesihatan (KKM) tadi, kami menjangkakan pesakit pertama akan dimasukkan pada jam 9 malam esok," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau berkata dari segi fasiliti, infrastruktur dan keperluan dalam hospital medan itu telah mencapai 90 peratus namun pihaknya perlu menunggu penilaian dan pemeriksaan akhir oleh pasukan jurutera yang dibuat pada pagi esok untuk membolehkan ia dapat beroperasi tanpa sebarang masalah serta lancar.
Dr Zamri berkata selepas pemeriksaan dan penilaian pasukan jurutera, pihak KKM akan melakukan pembersihan menyeluruh dalam hospital medan sebelum menempatkan pesakit.
Menurutnya seramai lima pakar akan ditempatkan di hospital medan itu selain 53 pegawai perubatan serta 250 staf sokongan termasuk jururawat dan pembantu pegawai perubatan.
Di samping itu, semua katil dilengkapi sumber oksigen termasuk unit rawatan rapi (ICU), katanya.
Pada 11 Sept lepas, Menteri Kesihatan Khairy Jamaludin mengumumkan sebuah hospital medan akan dibuka di HPP bagi menampung peningkatan jumlah pesakit COVID-19 di negeri ini.
Khairy dilapor berkata hospital medan itu akan menempatkan lebih 100 katil pesakit dan dilengkapi kemudahan oksigen, wad pesakit serta lain-lain kemudahan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Sep 23 2021
Hospital Medan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di tapak parkir Hospital Pulau Pinang (HPP), dijangka beroperasi sepenuhnya bermula esok dengan pesakit COVID-19 akan mula ditempatkan di situ. - BERNAMA
Penyelaras Kemanusiaan PBB suarakan kebimbangan krisis kemanusiaan yang semakin memuncak di Gaza
Muhannad Hadi melahirkan kebimbangan terhadap keadaan keselamatan dan kemanusiaan yang semakin merosot di Semenanjung Gaza.
Loji Electrolyser Sejingkat kurangkan masa penghasilan hidrogen
Loji electrolyser pertama Sarawak di Sejingkat berjaya mengurangkan masa penghasilan satu kilogram hidrogen kepada 30 kilowatt perjam berbanding 40 kilowatt perjam sehingga Julai lalu.
Fadillah setuju dua jawatan tertinggi PBB tidak dipertandingkan
PBB dijadual mengadakan perhimpunan agungnya pada Februari 2025 dengan pertandingan dikatakan tertumpu kepada saingan jawatan Naib Yang DiPertua
PBB perlu bersedia seakarang hadapi PRN - Fadillah
Naib Presiden Kanan PBB Datuk Seri Fadillah Yusof mengingatkan anggota parti itu agar tidak selesa dengan kemenangan besar dan pujian yang diberi kepada kerajaan sebaliknya fokus agar tidak terlepas kuasa ke tangan pihak lain.
353 premis KEMAS rosak akibat banjir di lapan negeri
Sebanyak 353 premis Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) rosak akibat banjir yang melanda lapan negeri sejak November lepas, membabitkan kerugian hampir RM6 juta.
Wanita suara garau cemas bilik hotel diserbu JAIS
Seorang wanita yang memiliki suara garau berdepan detik cemas apabila hotel bajet yang dihuni diserbu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Fokus Minggu Depan: Masa depan Harimau Malaya dan saingan Kejohanan ASEAN
Ikuti kupasan Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi UiTM, Mohd Sadek Mustaffa berkenaan masa depan Harimau Malaya dibawah kendalian jurulatih baharu dan berdepan dengan saingan Kejohanan ASEAN.
Banjir: Johor, Pahang beransur pulih, Perak kekal
Situasi banjir di Johor dan Pahang semakin pulih apabila jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di kedua-dua negeri tersebut terus mencatatkan penurunan.
Farm Fresh hulur bantuan pasca banjir di Pantai Timur dan Utara
Farm Fresh Berhad, syarikat pengeluar tenusu tempatan terkemuka melancarkan misi bantuan pasca banjir bermula enam disember lalu untuk membantu mangsa banjir yang terjejas teruk di Kelantan, Terengganu dan Kedah.
KKDW akan laksana PKD Mobile mini di Sabah, Sarawak - Rubiah
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) akan melaksanakan program Pusat Komuniti Desa (PKD) Mobile mini di kawasan jauh jangkauan khususnya di Sabah dan Sarawak.
944 pesakit COVID-19 terima rawatan di Hospital Medan di HSA - Hishammuddin
Sebanyak 944 pesakit telah menerima rawatan COVID-19 di Hospital Medan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru sejak mulai 21 Jun lalu.
Satu lagi Hospital Medan ATM di HTAR, Klang tangani kes COVID-19 di Selangor - TPM
Sebuah lagi Hospital Medan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan diwujudkan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang.
QDF sedia kerjasama dengan Malaysia bantu pelarian Rohingya
Beliau berkata QDF juga akan menyalurkan sumbangan AS$50 juta (RM209.62 juta) kepada Malaysia bagi membantu menguruskan pelarian Rohingya di Malaysia.
Malaysia sedia hantar pasukan pengaman ke Palestin
Penghantaran pasukan pengaman Malaysia ke Palestin hanya akan dilakukan jika PBB memerlukan pembabitan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam misi pengaman di negara bergolak.