awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hospital Pendang akan beroperasi 15 Februari 2023 - Menteri Kesihatan

Abd Hadi Che Awang
Abd Hadi Che Awang
12/01/2023
08:42 MYT
Hospital Pendang akan beroperasi 15 Februari 2023 - Menteri Kesihatan
Dr Zaliha Mustafa (tengah) memaklumkan, Hospital Pendang yang siap dibina sepenuhnya pada Oktober tahun lalu menelan kos keseluruhan sebanyak RM255.27 juta termasuk kos pembinaan, perolehan perubatan dan bukan perubatan. - Gambar Astro AWANI
PENDANG: Penantian lebih 20 tahun penduduk sekitar daerah Pendang untuk memiliki sebuah hospital akhirnya akan menjadi kenyataan apabila Hospital Pendang akan memulakan operasinya pada 15 Februari ini.
Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa memaklumkan hospital berkenaan yang siap dibina sepenuhnya pada Oktober tahun lalu menelan kos keseluruhan sebanyak RM255.27 juta termasuk kos pembinaan, perolehan perubatan dan bukan perubatan.
Beliau berkata, hospital berkenaan akan menjadi hospital pakar minor yang mempunyai 10 bidang kepakaran seperti kecemasan, perubatan am, pembedahan am, orthopedik, anestesiologi, radiologi, obstetrik dan ginekologi, paediatrik, patologi serta psikiatri.
"Di Hospital Pendang, kita ada pelbagai perkhidmatan termasuk kecemasan, pesakit luar, tadi (juga saya) ada disebutkan yang kita mana hospital ini ada sebanyak 126 katil keseluruhannya, jadi ini yang kita sebut sebagai kapasiti kita yang ada, kalau orang itu datang untuk kecemasan, sakit-sakit yang memerlukan perkhidmatan kecemasan, ada perkhidmatan yang disediakan di sini," kata Dr Zaliha.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Majlis Penyerahan Projek Hospital Pendang oleh Kementerian Kerja Raya (KKR) kepada KKM pada Khamis.
Dalam perkembangan sama, Dr Zaliha berkata, hospital berkenaan juga akan menjadi pusat rujukan kepada klinik kesihatan dan klinik desa di sekitar daerah Pendang seperti Klinik Kesihatan Pendang, Klinik Kesihatan Sungai Tiang dan Klinik Kesihatan Kubur Panjang.
Ini adalah kerana susulan pertambahan pesakit harian yang tinggi setiap tahun selain pertambahan jumlah penduduk di daerah berkenaan.
Tambahnya, selaras dengan konsep hospital 'kluster', Hospital Pendang juga akan menjadi hospital sokongan kepada hospital- hospital pakar utama yang lain iaitu Hospital Sultanah Bahiyah di Alor Setar dan Hospital Sultan Abdul Halim di Sungai Petani.
Topic Berkaitan
#Hospital Pendang
#Hospital Pendang dibuka
#Menteri Kesihatan
#Dr Zaliha Mustafa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan