awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki didakwa edar methamphetamine
PM Anwar, KSI bincang kerjasama strategik selari agenda MADANI
Kes dera di Saratok: Pegawai JKM, kaunselor ditempatkan di hospital - Nancy
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hospital swasta mampu percepat sasaran 80 peratus penduduk divaksinasi

Bernama
Bernama
08/05/2021
11:09 MYT
Hospital swasta mampu percepat sasaran 80 peratus penduduk divaksinasi
Kerjasama pihak hospital swasta boleh membantu mempercepatkan program imunisasi negara, kata Datuk Lee Tian Hock. - Gambar hiasan
SEREMBAN: Keputusan kerajaan membenarkan hospital swasta sebagai Pusat Pemberian Vaksin (PPV) dapat membantu mencapai sasaran 80 peratus penduduk menerima vaksin menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.
Presiden Hospital Pakar CMH Datuk Lee Tian Hock berkata dengan kerjasama pihak hospital swasta, program imunisasi negara dapat dilaksanakan dengan lebih cepat.
"Jika hanya bergantung kepada pusat kesihatan kerajaan, kita tidak boleh mencapai sasaran itu jadi kerjasama ini dapat memanfaatkan semua pihak," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan ke-87 Negeri Sembilan Chinese Maternity Association (NSCMA) di sini hari ini.
Lee berkata di bawah program imunisasi kebangsaan, dua hospital iaitu Hospital Perubatan Mawar (MMC) dan Hospital Pakar CMH telah mendapat persetujuan untuk menjadi Pusat Pemberian Vaksinasi (PPV) COVID-19 di Negeri Sembilan.
Kelmarin, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba berkata sejumlah 2,448 daripada 8,000 hospital dan klinik swasta telah berdaftar sebagai PPV dengan 299 daripadanya sudah bersedia untuk beroperasi sebagai PPV di bawah program imunisasi kebangsaan.
Sementara itu, Lee berkata tahun lalu, Hospital Pakar CMH telah memperoleh pendapatan sebanyak RM80.9 juta berbanding RM79.4 juta pada tahun 2019, iaitu peningkatan sebanyak 1.9 peratus.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#vaksinasi
#Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan
#vaksin
#COVID-19
#kerajaan
#hospital swasta
#pandemik
#Lee Tian Hock
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan