KUALA TERENGGANU: Industri pelancongan di Tasik Kenyir dijangka bertambah rancak pada tahun hadapan dengan siapnya hotel bertaraf tiga bintang di Pulau Poh.
Pengarah Eksekutif yang juga Presiden Terengganu Incorporated Sdn Bhd (Terengganu Inc), Burhanuddin Hilmi Mohamed@Harun berkata, pembinaan hotel setinggi lapan tingkat dengan 100 bilik itu, sudah mencapai lebih 90 peratus dan dijangka dibuka kepada pelancong pada suku kedua tahun hadapan.
"Kita sedang siapkan dokumen permohonan bidaan (RFB) untuk beberapa syarikat yang berminat untuk masuk menguruskan hotel ini.
"Kita mahu mencari pengusaha yang memiliki reputasi dan nama besar dalam industri berkaitan kerana tidak mahu berlaku masalah di kemudian hari," katanya di sini, hari ini.
Tambah beliau, selain hotel, pihaknya turut memperuntukkan perbelanjaan sebanyak RM1.5 juta bagi kerja-kerja pembaikan taman tema air berdekatan hotel tersebut, yang dijadualkan bermula tahun depan.
Katanya, taman tema itu sebelum ini telah beroperasi dan dikendalikan oleh Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah), tetapi terpaksa ditutup atas beberapa faktor termasuk pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
"Kita akan naik taraf sedikit taman tema ini.. mungkin mengambil idea daripada Taman Tema Sunway Lagoon, sebagai daya tarikan baharu ke Kenyir yang sebelum ini banyak bergantung pada rumah bot.
"Kalau boleh kita mahu taman tema ini dikendalikan di bawah pengusaha sama dengan hotel, tetapi perlu keluarkan dokumen RFB dahulu dan lihat macam mana perkembangannya," katanya.
Hotel di Pulau Poh, yang mula dibina pada 2017 itu, adalah sebahagian daripada pelan pembangunan Zon Bebas Cukai Tasik Kenyir dan turut dilengkapi kemudahan lain seperti jeti kargo dan Jambatan Ikonik yang telah pun dibuka kepada orang ramai.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Dec 06 2021
Selain hotel, pelan pembangunan Zon Bebas Cukai Tasik Kenyir turut dilengkapi kemudahan seperti jeti kargo dan Jambatan Ikonik yang telahpun dibuka kepada orang ramai. - Bernama
Tiada kelulusan kepada EIA berkaitan projek bauksit di Bukit Goh - Nik Nazmi
Mengesahkan perkara tersebut, Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, sebelum ini terdapat laporan EIA yang ditolak untuk projek berkenaan di lokasi yang sama.
Amaran hujan berterusan tahap waspada di lima negeri sehingga esok - METMalaysia
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) dalam kenyataan pada Khamis mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada melibatkan lima negeri iaitu Perlis, Kedah, Perak, Kelantan dan Terngganu.
Jumlah mangsa di empat negeri turun mendadak
Jumlah mangsa banjir di empat negeri turun mendadak setakat 2 petang Khamis.
Letusan Gunung Berapi Kanlaon, hampir 12,000 keluarga terjejas
Dalam laporan terbaharu, agensi bencana itu mendedahkan jumlah berkenaan melibatkan 40,489 orang di 25 barangay di Visayas Barat dan Visayas Tengah.
‘Saya cuba lakukan perkara yang betul pada masa yang sesuai’ - Dr Sam
Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar seakan memberi bayangan di sebalik tindakannya yang meletak jawatan sebagai Bendahari Agung PN pada Rabu.
Saya amat bersyukur - Zahid ulas keputusan Mahkamah Rayuan
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meluahkan rasa syukur selepas Mahkamah Rayuan Putrajaya membatalkan semua rayuan difailkan pihak pendakwaan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi melepas dan membebaskan beliau dalam kes rasuah Visa Luar Negara (VLN).
AI tidak menyebabkan kehilangan pekerjaan - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan, penggunaan AI tidak akan menyebabkan kehilangan pekerjaan.
Kabinet setuju bentuk jawatankuasa kerjasama perikanan laut dalam Malaysia-Vietnam
Kabinet secara prinsip bersetuju untuk menubuhkan satu jawatankuasa kerjasama perikanan laut dalam Malaysia-Vietnam.
AWANI Ringkas: Kertas siasatan SD sokong Muhyiddin jadi PM dirujuk ke AGC
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Amaran hujan berterusan di lima negeri hingga esok
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di lima negeri hingga esok.
Hotel tiga bintang di Pulau Poh, Tasik Kenyir siap tahun depan
Pembinaan hotel setinggi lapan tingkat dengan 100 bilik itu, sudah mencapai lebih 90 peratus.