awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Olivia Dean dinobatkan Artis Baharu Terbaik di Anugerah Grammy
Masjid Jamek Cina Muslim Klang tarik 55,000 pengunjung, tingkat pelancongan Islam
Venezuela bebaskan lebih 30 tahanan termasuk aktivis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hotline 1155 tawar bantuan tujuh bahasa untuk pelancong Malaysia di Thailand

Bernama
Bernama
15/09/2025
20:45 MYT
Hotline 1155 tawar bantuan tujuh bahasa untuk pelancong Malaysia di Thailand
Talian itu menyediakan khidmat dalam tujuh bahasa termasuk Melayu, Cina, India, Arab, Inggeris, Rusia dan Thai serta dikendalikan terus oleh anggota polis pelancong.
KOTA BHARU: Pelancong Malaysia yang berkunjung ke selatan Thailand sempena cuti sekolah dan sambutan Hari Malaysia disarankan menghubungi talian hotline Polis Pelancong Thailand 1155 yang beroperasi 24 jam bagi sebarang bantuan kecemasan.
Timbalan Ketua Polis Pelancong Thailand (Wilayah Ketujuh), Lt Kol Sakarin Anusaman Sakul berkata, talian itu menyediakan khidmat dalam tujuh bahasa termasuk Melayu, Cina, India, Arab, Inggeris, Rusia dan Thai serta dikendalikan terus oleh anggota polis pelancong.
Beliau berkata, anggota polis pelancong dilatih mengendalikan kes kehilangan dokumen perjalanan, kemalangan, jenayah kecil dan penipuan pelancong, selain bekerjasama rapat dengan imigresen serta agensi penguat kuasa tempatan bagi memastikan keselamatan pelancong antarabangsa.
"Selain talian tersebut, anggota polis pelancong turut ditempatkan di lokasi tumpuan bagi memantau kawasan dan menjamin keselamatan pengunjung, khususnya ketika musim cuti sekolah yang menyaksikan kemasukan pelancong Malaysia yang tinggi," katanya kepada Bernama pada Isnin.
Sakarin yang berpangkalan di Hatyai berkata, lebih 200,000 pelancong Malaysia direkodkan memasuki tujuh wilayah di selatan Thailand sejak cuti sekolah bermula Jumaat lepas, dengan Songkhla, Narathiwat, Pattani dan Yala menjadi antara destinasi utama.
Beliau turut menasihatkan pelancong mematuhi undang-undang tempatan termasuk peraturan had laju di lebuh raya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Hotline
#pelancong malaysia
#tujuh bahasa
#keselamatan pelancong
#Thailand
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan