awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis tahan lelaki didakwa kejar gadis dengan pisau
Cubaan larikan diri selepas kemalangan gagal, polis tahan lelaki positif dadah
Kerajaan perhebat usaha pastikan internet lebih selamat bermula tahun ini - Fahmi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

HRD Corp tarik semula surat tuntutan terhadap The Edge - Sim

Bernama
Bernama
17/07/2024
08:16 MYT
HRD Corp tarik semula surat tuntutan terhadap The Edge - Sim
Sim berkata beliau telah mengarahkan HRD Corp untuk menarik semula saman itu selepas mendapat maklumat berkenaan perkara itu. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR: Human Resource Development Corporation (HRD Corp) telah menarik semula surat tuntutan yang diserahkan kepada The Edge berhubung pemberitaan organisasi media itu mengenai laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) membabitkan agensi tersebut.
Menteri Sumber Manusia Steven Sim berkata beliau telah mengarahkan HRD Corp untuk menarik semula saman itu selepas mendapat maklumat berkenaan perkara itu.
"Saya tidak setuju sama sekali tindakan menyaman media sebab saya percaya dengan tegas kebebasan media di negara ini, ini prinsip saya sebelum saya menjadi kerajaan lagi," katanya kepada pemberita dalam sidang media di Dewan Rakyat hari ini.
The Edge bertarikh 16 Julai 2024 mengeluarkan artikel bertajuk "HRD Corp threatens to sue The Edge over reporting of PAC, AG reports" (HRD Corps ugut saman The Edge kerana menyiarkan berita mengenai laporan PAC, Ketua Audit Negara).
HRD Corp sudah tarik balik surat tuntutan kepada akhbar - Steven
HRD Corp juga menuntut supaya suatu permohonan maaf disiarkan dan pampasan dibayar kepada pihak mereka.
Terdahulu dalam sidang media berasingan, PAC menggesa HRD Corp supaya menarik semula surat tuntutan yang diserahkan kepada The Edge atau mana-mana syarikat media berhubung laporan jawatankuasa itu serta Laporan Ketua Audit Negara.
Pengerusinya Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata jawatankuasa itu mengutuk tindakan HRD Corp dan menganggap tindakan itu sebagai percubaan memberi tekanan kepada media untuk tidak menyiarkan laporan PAC berhubung syarikat itu, serta dilihat sebagai suatu usaha melemahkan atau menjejaskan kredibiliti PAC.
"Pengurusan tertinggi HRD Corp perlu diingatkan bahawa PAC ditubuhkan pada 1959 dan semua laporan (PAC) tidak pernah dipertikaikan kerana ia adalah berdasarkan kenyataan saksi yang dipanggil ketika prosiding PAC.
"Tidak pernah berlaku sebelum ini apabila PAC dan Ketua Audit Negara mengeluarkan laporan, kementerian atau jabatan mengeluarkan surat saman dan ugutan undang-undang kepada mana-mana pihak yang membincang atau mengulas kedua-dua laporan itu, terutama sekali pihak media," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#HRD Corp
#tarik semula tuntutan
#the edge
#saman
#Steven Sim
#Laporan Ketua Audit Negara
#Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan