KUALA LUMPUR: Hari Sukan Negara (HSN) 2021 semalam disambut meriah di seluruh negara sama ada secara fizikal atau maya bersesuaian dengan norma baharu dalam tema 'Towards Sporting Nation' yang dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri pagi semalam.
Di NEGERI SEMBILAN, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin ketika berucap pada perasmian sambutan HSN 2021 peringkat negeri, menzahirkan penghargaan kepada Kementerian Belia dan Sukan (KBS) yang tampil sebagai agenda nasional bagi melahirkan rakyat yang sihat dan cergas melalui penganjuran HSN.
Beliau berkata sekiranya KBS dapat melaksanakan tugas dengan baik dalam mewujudkan generasi yang aktif ia secara tidak langsung membantu Kementerian Kesihatan (KKM) menjaga kesihatan rakyat di negara ini.
"Kalau KBS tidak bantu lahirkan generasi aktif, maka KKM akan berdepan masalah yang sangat besar pada masa akan datang," katanya.
Di PUTRAJAYA, selain laluan utama bandar ini kelihatan orang ramai berbasikal dan melakukan aktiviti larian, beberapa kementerian turut menganjurkan aktiviti bersukan di peringkat kementerian masing-masing, seiring dengan majlis perasmian HSN 2021 yang berlangsung di Kementerian Belia dan Sukan.
HSN peringkat Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) dimeriahkan dengan aktiviti zumba yang turut dihadiri Menterinya Tan Sri Annuar Musa dan Ketua Setiausaha KKMM Datuk Seri Mohammad Mentek. Annuar melakukan tendangan penalti sebagai simbolik perasmian majlis berkenaan.
Menteri Tenaga dan Sumber Asli Datuk Seri Takiyuddin Hassan pula berbasikal dari kementeriannya di Presint 3 ke pesisir tasik Presint 19 untuk menanam pokok manakala Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Seri Mahdzir Khalid bersama warga kementeriannya menyertai senamrobik sempena HSN peringkat kementerian.
Di JOHOR, Menteri Besar Datuk Hasni Mohammad berkata kerajaan negeri menerusi Johor Masterplan 2030 memperuntukkan lebih RM12 juta dalam melaksanakan pelbagai program berkaitan sukan dalam usaha merancakkan sektor berkenaan sekali gus menjadikan Johor sebagai kuasa utama bidang sukan dalam rantau ini.
"Dalam usaha mempersiapkan acara sukan dan atlet, daripada angka itu, kita memperuntukkan RM5 juta bagi Program Grit Johor 2030 selain RM1.52 juta bagi pemerkasaan persatuan sukan supaya pengurusannya lebih sistematik selaras dengan garis panduan ditetapkan Majlis Sukan Negeri Johor," katanya.
Sementara itu, Di KUALA TERENGGANU, perasmian HSN 2021 diadakan secara tertutup dan sederhana di Wisma Darul Iman dihadiri Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar serta 100 jemputan.
Ketika berucap, Ahmad Samsuri berkata bagi menyemarakkan sambutan tersebut, pelbagai aktiviti sukan secara fizikal dan maya mula dilaksanakan sejak awal September hingga Oktober ini termasuk 'virtual ride', 'virtual orienteering hike', kursus pengenalan selam skuba, webinar 'Nelangnya Sukang Terengganu' dan bual bicara HSN (Hari Sukan Negara) 2021," katanya.
Di PERAK, Menteri Besar Datuk Saarani Mohamad melancarkan HSN 2021 dengan menyertai Program Berjalan 10,000 Langkah yang dilaksanakan sebagai gimik pelancaran di Stadium Perak dan pelbagai aktiviti lain termasuk Program Senamrobik@ Jom Aerofit, Program Kayuhan Santai dan Penyampaian Bantuan Kepada Kontinjen Para SUKMA Perak.
Di MELAKA, pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka Isnin lepas tidak merencatkan sambutan HSN2021 peringkat negeri itu yang disertai kira-kira 25,000 peserta termasuk pelajar sekolah dan institusi pengajian tinggi (IPT) yang berlangsung di tiga daerah sejak semalam hingga Ahad dalam skala sederhana dan hibrid. Antara aktiviti diadakan termasuk berkayak, berbasikal, 'fun walk' dan e-sukan.
Di samping itu, LABUAN menyambut HSN 2021 dengan acara berbasikal dan acara berbasikla bukit, diikuti acara berkayak di perairan Kompleks Sukan Antarabangsa Labuan yang disempurnakan oleh Senator Datuk Bashir Alias.
Di KEDAH, sambutan yang diadakan di Dataran Chenang, Pantai Chenang, Langkawi dengan dirasmikan Menteri Besar Muhammad Sanusi Md Nor yang menyarankan rakyat Kedah agar menjadikan aktiviti sukan sebagai platform untuk membina hubungan baik sesama ahli keluarga dan masyarakat.
"Jangan ada sebarang elemen permusuhan, perkauman, kenegerian mahu pun sentimen yang boleh memecahbelahkan masyarakat dalam bersukan, jadikan sukan sebagai arena yang sihat memupuk hubungan baik sesama kita," katanya.
Di SABAH, sambutan dimulakan pada pukul 7 pagi dengan Program Kayuhan Sihat disertai 70 peserta terdiri daripada kakitangan KBS negeri dan agensi berkaitan di perkarangan Kompleks Sukan Likas disempurnakan oleh Ketua Menteri Datuk Hajiji Noor.
Berucap pada majlis itu, Hajiji berkata program HSN adalah platform terbaik menerapkan budaya sukan dalam kalangan masyarakat sekali gus meningkatkan pembangunan sukan di Sabah.
Di SELANGOR, HSN 2021 disambut sederhana dengan kira-kira 500 peserta menyertai Program Selangor Bersukan 2021 yang diadakan di Tapak Mendarat Paragliding, Bukit Jugra.
Tinjauan Bernama sejak 8 pagi mendapati orang ramai mula memenuhi perkarangan tapak berkenaan untuk menyertai aktiviti termasuk 'fun run' sejauh tiga kilometer ke puncak Bukit Jugra, senamrobik dan pertunjukkan paragliding.
Di KELANTAN, HSN 2021 disambut dengan pelbagai acara bagi memeriahkan sambutan termasuk klinik bola sepak, senamrobik, pertandingan petanque, boling padang, memanah, pertunjukan angkat berat dan powerlifting yang diadakan di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kelantan di Panji, Kota Bharu.
Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob berkata terdapat kira-kira 580,000 belia berusia 15 hingga 30 tahun yang sinonim dengan aktiviti sukan juga merupakan generasi pemimpin masa hadapan negara.
Di PERLIS, sambutan HSN diserikan dengan kehadiran Menteri Besar Datuk Seri Azlan Man yang melancarkan gimik perasmian sambutan HSN dengan memukul bola Woodball, yang merupakan antara sukan popular di negeri itu yang diadakan di Kompleks Jabatan Belia dan Sukan negeri.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Oct 10 2021
Takiyuddin (hadapan) mengayuh basikal pada Program Berbasikal Penghijauan Malaysia sempena Hari Sukan Negara di Sisiran Tasik Presint 19, Putrajaya, 9 Okt, 2021. --fotoBERNAMA
Malaysia tidak campur urusan perniagaan syarikat pertahanan - MINDEF
Sebagai sebuah negara perdagangan bebas, Malaysia beri ruang kepada semua pemain industri global untuk memasarkan produk dan perkhidmatan mereka di negara ini.
TH prihatin tangani stres kalangan jemaah wanita
TH melalui Unit Kaunseling mengenal pasti beberapa faktor yang mengundang kepada masalah stres sekali gus menyumbang kepada isu kesihatan mental dalam kalangan jemaah haji wanita semasa musim haji tanpa mengira had umur dan latar belakang.
Undi awal: Jangkaan suasana politik pengaruhi pengundi
Untuk kita mendapatkan respon dan jangkaan awal suasana PRK Kuala Kubu Baharu ini bersmaa kita di talian, Mujibu Abd Muis, Penganalisis Politik UiTM.
AWANI Pagi: Gelombang baharu bantuan Malaysia buat Gaza
Fokus Awani Pagi bersama Azib Zikry
Perkembangan fasa pertama misi bantuan kemanusiaan Malaysia ke Gaza yang akan dilancarkan di Kaherah hari ini.
Perkembangan fasa pertama misi bantuan kemanusiaan Malaysia ke Gaza yang akan dilancarkan di Kaherah hari ini.
PRK KKB: Dua pusat undi awal dibuka jam 8 pagi ini
Proses undi awal melibatkan 625 anggota polis serta 238 anggota tentera dan pasangan yang akan menunaikan tanggungjawab hari ini.
KPKT kenal pasti 18 lokasi bagi pembangunan loji WTE
Pembangunan loji itu akan menggunakan teknologi canggih dan terkini yang terbukti berjaya di beberapa negara Eropah selain China dan Jepun.
TVET perlu jadi pencetus perubahan kepada sistem pendidikan negara - TPM
Katanya, kursus TVET perlu dijadikan pilihan utama pelajar dan ibu bapa untuk pendidikan di peringkat tertiari.
Pertemuan bersama Hail di HKL detik terakhir - Salwa
Salwa berkata walaupun hadir pada bukan waktu melawat, beliau bersyukur urusan untuk melawat Hail telah dipermudah.
Doktor sedang kenal pasti jenis asid disimbah kepada Faisal
Hamidin berkata, doktor mahu melihat sejauh mana kekuatan asid itu.
Warga Israel tuntut kerajaan terima gencatan senjata
Penunjuk perasaan Israel, termasuk beberapa keluarga tebusan, turun ke jalan di Tel Aviv pada petang Isnin, menyeru kerajaan untuk menerima perjanjian untuk membebaskan tebusan yang ditahan oleh hamas sejak 7 Oktober tahu lalu.
Gesaan itu dibuat selepas Hamas menerima tawaran gencatan senjata.
Gesaan itu dibuat selepas Hamas menerima tawaran gencatan senjata.
Hari Sukan Negara: 250 sertai larian tawan puncak Menara KBS
Acara itu adalah yang pertama dianjurkan badan pengelola sukan mendaki tangga negara membabitkan 17 tingkat Menara KBS pada 14 Oktober lalu.
Jangan politikkan Belanjawan 2024 - Ahmad Zahid
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berharap Belanjawan 2024 yang dibentangkan semalam tidak dipolitikkan oleh mana-mana pihak.
PM Anwar mahu kegiatan sukan di sekolah, IPT, komuniti diperkasa
Anwar berkata, rakyat harus diperkasakan, bukan hanya menerusi bidang pekerjaan dan ekonomi, malah aspek kesihatan melalui bersukan.
Hari Sukan Negara atur 66 program menarik liputi pelbagai peringkat umur
Aktiviti sukan untuk warga emas antara yang diberi tumpuan oleh kerajaan dalam Hari Sukan Negara hujung minggu ini.
Tiada larangan, MB, Exco negeri pembangkang dijemput ke Hari Sukan Negara 2023 - KBS
Menteri Besar dan Exco Belia dan Sukan Negeri dari negeri ditadbir pembangkang tetap dijemput bagi memeriahkan penganjuran Hari Sukan Negara (HSN) 2023 di peringkat negeri masing-masing.
VSN2030 perancangan baharu pembangunan sukan negara
VSN2030 akan memberikan nafas baharu buat arena sukan negara dengan konsep 'Daripada Komuniti Kepada Komuniti'.
Hari Sukan Negara: Beberapa jalan di Little India ditutup bermula 7.30 pagi Sabtu
Beberapa jalan raya di sekitar pekan Little India akan ditutup bermula 7.30 pagi sempena progam sambutan Hari Sukan Negara peringkat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, Sabtu ini.
Hari Sukan Negara 2022 tetap berlangsung seperti biasa - Ahmad Faizal
Sambutan Hari Sukan Negara 2022 (HSN2022) di seluruh negara tetap berlangsung seperti biasa pada Sabtu ini, kata Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.
Pelancaran HSN2021 meriah meskipun secara hibrid
Ahmad Faizal percaya angka sebenar rakyat Malaysia yang terlibat dengan HSN2021 jauh lebih tinggi.
HSN 2021 meriah disambut dengan pelbagai aktiviti sukan di seluruh negara
Beberapa kementerian turut menganjurkan aktiviti bersukan di peringkat kementerian masing-masing.