awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pengukuhan ringgit legakan pelajar luar negara, dana pendidikan dimanfaat secara optimum
IPP pembuatan Malaysia capai paras tertinggi dalam tempoh 20 bulan pada Januari - S&P Global
[KOLUMNIS] Realiti 'internship' generasi digital: Kebolehpasaran graduan dalam era IR4.0
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jangan politikkan Belanjawan 2024 - Ahmad Zahid

Bernama
Bernama
14/10/2023
05:27 MYT
Jangan politikkan Belanjawan 2024 - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid berkata, belanjawan yang dibentangkan Perdana Menteri semalam adalah lebih baik berbanding tahun-tahun sebelumnya. - Gambar fail
GUA MUSANG: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berharap Belanjawan 2024 yang dibentangkan semalam tidak dipolitikkan oleh mana-mana pihak.
Beliau berkata belanjawan yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Menteri Kewangan semalam adalah lebih baik berbanding tahun-tahun sebelumnya.
"Perancangan jangka panjang ada dalam Rancangan Malaysia Ke-12 dan ada kajian separuh penggal, malah Kementerian Ekonomi juga sedang menyusun pelbagai perancangan.
"Jangan dilihat belanjawan bagi satu-satu tahun ini sebagai belanjawan dalam konteks keperluan semasa sahaja, tetapi juga harus dilihat untuk jangka pendek dan jangka sederhana," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Hari Sukan Negara Peringkat Negeri Kelantan 2023 di Taman Etnobotani, di sini hari ini.
Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata apa yang telah ditekankan Perdana Menteri, sudah dicerakinkan dengan cukup komprehensif dan Belanjawan 2024 mengambil kira semua golongan masyarakat.
"Saya fikir belanjawan ini lebih baik daripada belanjawan-belanjawan sebelum itu," katanya.
-- BERNAMA
Apa anda dapat dari Belanjawan 2024? Klik sini untuk liputan penuh di sini
Topic Berkaitan
#Belanjawan 2024
#Zahid Hamidi
#politik
#Hari Sukan Negara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan