awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PBB gesa lebih banyak negara terima pesakit Gaza selepas sempadan Rafah dibuka semula
PM Anwar arah AKPS perhebat operasi banteras kegiatan e-waste haram
Isu dana zakat: YDP MAINPP sedia beri keterangan kepada SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

HSR kurangkan tempoh perjalanan antara Seremban dan Singapura kepada dua jam

Bernama
Bernama
08/12/2017
09:47 MYT
HSR kurangkan tempoh perjalanan antara Seremban dan Singapura kepada dua jam
Selain perkhidmatan ekspres Kuala Lumpur - Singapura, HSR menyediakan hubungan bandar ke bandar, membolehkan penumpang dari Seremban melakukan perjalanan dengan mudah ke tempat seperti Bangi, Putrajaya, Melaka, Muar, Iskandar Puteri. - Gambar fail
Tempoh perjalanan antara Seremban dan Singapura akan dikurangkan kepada dua jam berbanding tiga jam, sebaik Kereta Api Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur-Singapura (HSR KL-SG) memulakan operasi pada akhir 2026.
Perjalanan ke Bandar Malaysia di Kuala Lumpur hanya akan mengambil masa 20 minit berbanding 55 minit dengan kereta pada masa ini.
Negeri Sembilan akan mempunyai 52 kilometer (km) daripada jajaran HSR daripada jumlah anggaran panjang jajaran 328 km.
"Reka bentuk stesen HSR Seremban diilhamkan daripada Istana Seri Menanti. Ia akan terletak di daerah Labu, kira-kira 15 km ke bandar lama Seremban dan 5 km ke stesen Keretapi Tanah Melayu Labu," kata Pengarah Komersial MyHSR Corp Sdn Bhd, Tonny Yeap kepada pemberita pada taklimat di sini hari ini.
Beliau berkata selain perkhidmatan ekspres Kuala Lumpur ke Singapura, HSR akan menyediakan hubungan bandar ke bandar, membolehkan penumpang dari Seremban melakukan perjalanan dengan mudah ke tempat-tempat seperti Bangi, Putrajaya, Melaka, Muar, Batu Pahat dan Iskandar Puteri.
"Kami bercadang untuk memperkenalkan dua perkhidmatan kereta api berkelajuan tinggi antara Bandar Malaysia dan Jurong East, Singapura dan dua lagi bagi hubungan domestik," katanya.
Sementara itu, Pengarah Penyampaian Projek, Mark Loader berkata kurang daripada lima peratus daripada keseluruhan jajaran projek itu di bawah tanah berikutan terowong memerlukan kos yang tinggi untuk dibina.
Mengenai pengambilalihan tanah, katanya ia dijangka bermula pada separuh kedua tahun depan.
"Selepas tempoh pemeriksaan awam berakhir pada 31 Jan tahun depan, kami memerlukan masa untuk mengkaji maklum balas sebelum mengemukakannya kepada Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).
"Selepas diluluskan oleh SPAD, kita boleh mula mengambil alih tanah," kata Loader.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bandar malaysia
#HSR
#HSR KL-SG
#Kereta Api Berkelajuan Tinggi
#Kuala Lumpur
#Mark Loader
#Negeri Sembilan
#Singapura
#Tonny Yeap
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan