awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua jurulatih TFC direhatkan serta-merta susulan prestasi hambar
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hubungan baik Malaysia-Kemboja bantu tangani isu sindiket penipuan tawaran pekerjaan - Duta

Bernama
Bernama
26/03/2023
20:00 MYT
Hubungan baik Malaysia-Kemboja bantu tangani isu sindiket penipuan tawaran pekerjaan - Duta
Duta Besar Malaysia ke Kemboja, Datuk Eldeen Husaini Mohd Hashim berkata, hubungan baik itu telah memudahkan urusan pihaknya menyelamatkan 286 rakyat Malaysia yang menjadi mangsa penipuan tersebut bagi tempoh 2019 hingga 2023. - Gambar BERNAMA
PHNOM PENH: Hubungan baik yang telah lama terjalin antara Malaysia dengan Kemboja membantu usaha pihak Kedutaan Malaysia di sini dalam menangani isu sindiket penipuan tawaran pekerjaan.
Duta Besar Malaysia ke Kemboja, Datuk Eldeen Husaini Mohd Hashim berkata, hubungan baik itu telah memudahkan urusan pihaknya menyelamatkan 286 rakyat Malaysia yang menjadi mangsa penipuan tersebut bagi tempoh 2019 hingga 2023.
"Pada 2022 sahaja kita selamatkan seramai 250 orang. Ini dilakukan dengan adanya koordinasi baik antara pihak Kedutaan Malaysia di sini dengan polis Kemboja," katanya kepada pemberita di Kedutaan Malaysia di sini hari ini menjelang lawatan rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke republik itu hari ini.
Menjelas lanjut, Eldeen Husaini berkata, hubungan Malaysia dan Kemboja bukan hanya melibatkan kedua-dua kerajaan tetapi juga rakyat dengan rakyat.
Beliau berkata, perkara itu jelas kerana banyak pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang sering datang ke Kemboja untuk membantu terutama Komuniti Melayu Islam Champa.
"Selain itu, ramai juga rakyat Malaysia datang ke sini untuk membantu memberikan al-Quran, membuat perigi untuk kegunaan orang ramai serta menjalankan ibadah korban," katanya.
Eldeen Husaini berkata, lawatan sulung Perdana Menteri esok menterjemahkan hubungan rapat antara Phnom Penh dan Kuala Lumpur seterusnya memberi peluang untuk meningkatkan lagi kerjasama sedia ada dalam pelbagai bidang.
Beliau juga berkata pemeteraian dua Memorandum Persefahaman (MoU) antara kerajaan Malaysia dengan Kemboja mengenai Pengambilan, Penggajian dan Penghantaran Pulang Pekerja Kemboja Bagi Sektor Domestik serta Sektor Formal akan memberi impak kepada ekonomi Malaysia.
"MoU mengenai pekerja domestik dan formal ini amat membantu kerana sebelum ini memang ada tetapi dihentikan atas sebab tertentu dan kini dengan adanya MoU itu akan memberikan banyak impak dalam membantu Malaysia menjana ekonomi kerana kita akan mendapatkan khidmat pekerja Kemboja," katanya.
Eldeen Husaini berkata, ketika ini terdapat kira-kira 5,000 rakyat Malaysia di Kemboja manakala kira-kira 400 syarikat Malaysia beroperasi di negara itu.
Lawatan rasmi sehari Anwar ke Kemboja hari ini akan memperkukuhkan lagi hubungan serta kerjasama dua hala yang terjalin sejak 1957 dan ia lawatan rasmi luar negara ketujuh beliau sejak dilantik sebagai Perdana Menteri pada 24 Nov tahun lepas. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#hubungan Malaysia Kemboja
#sindiket penipuan tawaran pekerjaan
#Duta Besar Malaysia ke Kemboja
#Eldeen Husaini Mohd Hashim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan