awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Arab Saudi terima ketibaan 19.5 juta jemaah haji, umrah pada 2025
Fokus perumahan mampu milik di bandar, bukan pilihan raya Datuk Bandar - Akmal
Lebih 3,000 pengunjung teruja rasai fenomena laut terbelah di Pulau Pangkor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hubungan Persekutuan-Negeri, jemaah menteri ingatkan Perlembagaan jadi asas

Astro Awani
Astro Awani
12/06/2024
08:42 MYT
Hubungan Persekutuan-Negeri, jemaah menteri ingatkan Perlembagaan jadi asas
Fahmi berkata, Malaysia terbentuk atas persetujuan semua negeri berlandaskan prinsip federalisme yang menjadi teras utama dalam Perlembagaan Persekutuan. - Gambar fail
PUTRAJAYA: Perlembagaan Persekutuan menjadi asas dalam menjamin hak negeri dan menentukan hubungan antara Kerajaan Pesekutuan dengan kerajaan-kerajaan negeri.
Itu penegasan jemaah menteri yang disampaikan oleh Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil menerusi kenyataan hari ini.
Ia dipercayai sebagai respons kepada kenyataan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi pada Selasa bahawa sekurang-kurangnya 30 peratus daripada hasil cukai negeri patut diberikan ke negeri itu bagi memastikan Bangsa Johor dapat menikmati pembangunan negeri yang lebih baik.
Fahmi yang juga Jurucakap Kerajaan Perpaduan dalam pada itu menjelaskan, Malaysia terbentuk atas persetujuan semua negeri berlandaskan prinsip federalisme yang menjadi teras utama dalam Perlembagaan Persekutuan.
"Pembangunan dan kemajuan negara adalah berteraskan kekuatan Persekutuan bersama-sama kesemua Negeri.
"Oleh itu, Perlembagaan Persekutuan menjadi asas dalam menjamin hak Negeri, dan dalam menentukan hubungan antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan-kerajaan Negeri," kata beliau.
Berkait perkara-perkara mengenai Sabah dan Sarawak, Fahmi menjelaskan siri perbincangan adalah berpandukan peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan dan Perjanjian Malaysia 1963.
Topic Berkaitan
#Perlembagaan Persekutuan
#onn hafiz ghazi
#Fahmi Fadzil
#Perjanjian Malaysia 1963
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan