Pakatan Rakyat akan mengalami kekalahan lebih besar dalam pilihan raya umum akan datang jika PAS berkeras mahu melaksanakan hudud di Kelantan.
Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang berkata berdasarkan sejarah pilihan raya yang lalu, hudud tidak pernah memenangi hati pengundi.
“PAS dan PKR menang lapan kerusi Parlimen dan 28 daripada 32 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu pada Pilihan Raya Umum ke-10 (PRU10) akibat penangkapan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan gerakan reformasi.
“Enakmen diluluskan pada 2001, PAS dan PKR hanya memenangi 1 daripada 8 kerusi Parlimen dan 4 daripada 28 kerusi DUN pada PRU11 2004," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Kit Siang berkata kejayaan PAS dan PKR memenangi empat dari lapan kerusi Parlimen dan 15 dari 32 kerusi DUN adalah disebabkan tiada kempen melaksanakan hudud di negeri itu.
Beliau juga menegaskan biarpun PAS tidak memasukkan hudud dalam 5 Janji Awal Manifesto PAS Terengganu” dan “5 Manifesto PRU13” namun ia bukan penyebab kekalahan Pakatan rakyat di Terengganu.
"Apa yang menarik adalah walaupun PAS Terengganu memasukkan pelaksanaan hudud semasa manifesto Barisan Alternatif sebelum 2008, ia tidak menjadikan PAS dan PKR menang lebih banyak kerusi di peringkat DUN.
"Bukankah ini satu petunjuk pengundi di Terengganu meletakkan kepentingan kepada isu lain berbanding pelaksanaan hudud?" katanya.
Ahli Parlimen Gelang Patah itu berkata sekiranya PAS berkeras mahu melaksanakan hudud sebelum PRU13 lalu sokongan orang Melayu kepada Pakatan Rakyat akan berkurangan.
Katanya, jika sokongan orang Melayu dapat ditingkatkan maka ia sudah tentu digunakan oleh UMNO dan Barisan Nasional.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini berkata kerajaan tidak pernah menolak hudud sebagai hukum yang ditetapkan Allah tetapi banyak perkara perlu diselesaikan sebelum ia dapat dilaksanakan.
Sementara itu Ahli Jawatankuasa DAP, Gobind Singh Deo sekali lagi menegaskan bahawa DAP dan PKR berhak untuk menentang rancangan PAS untuk memperkenalkan hudud di Kelantan biarpun PAS adalah rakan kongsi dalam Pakatan Rakyat.
Katanya, DAP dan PKR membentuk pakatan bersama PAS dalam pilihan raya lepas kerana PAS menerima agenda bersama yang tidak termasuk hudud.
"Rakyat memberi sokongan kepada Pakatan Rakyat kerana agenda yang diperjuangkan bersama dan menjadi tanggungjawab kita untuk mengingatkan PAS bahawa undi yang diperolehi atas dasar agenda bersama Pakatan Rakyat.
"DAP tidak akan gentar dengan ancaman. Kami akan terus melakukan apa yang betul dan bercakap menentang hudud kerana ia jelas tidak mengikut perlembagaan dan agenda Pakatan Rakyat.
"Jika PAS berkeras untuk membentangkan rang undang-undang ini untuk melaksanakan hudud di Kelantan, maka mereka boleh mengharapkan tentangan terbuka dari kami dalam DAP. Ia akan terus menjadi pendirian rasmi kami," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Astro Awani
Thu Apr 24 2014
Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang. -Gambar Fail
Faisal Halim tidak pasti mampu beraksi di padang selepas ini
Pemain Selangor FC, Faisal Halim tidak tahu sama ada mampu untuk kembali bermain bola sepak selepas menjadi mangsa simbahan asid pada 5 Mei.
Jurukimpal terlibat 21 kes pecah rumah, mahu penuhi permintaan isteri
Semata-mata mahu penuhi permintaan isteri untuk bercuti, seorang jurukimpal sanggup melakukan 21 kes jenayah pecah rumah dan curi.
Bank Negara rombak dana PKS, selaras ikut keperluan - Timbalan Gabenor
Bank Negara berhasrat merombak dana khusus disediakannya bagi Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) agar dapat diselaraskan mengikut keperluan golongan itu.
AWANI Borneo [13/06/2024] – Kes bunuh pelajar | Silap label peta | Perlu lebih masa
Laporan berita padat dan ringkas dari Borneo bersama Nickyson Nyambar
#AWANIBorneo 13 Jun 2024
- Mahkamah tolak permohonan jaminan tujuh pelajar Vokasional Lahad Datu
- Proton mohon maaf salah label wilayah Sabah, Sarawak
- Bekas duta harap indonesia tidak terburu-buru siapkan IKN
#AWANInews
#AWANIBorneo 13 Jun 2024
- Mahkamah tolak permohonan jaminan tujuh pelajar Vokasional Lahad Datu
- Proton mohon maaf salah label wilayah Sabah, Sarawak
- Bekas duta harap indonesia tidak terburu-buru siapkan IKN
#AWANInews
Jumlah kematian di Gaza meningkat kepada 37,232 orang berikutan serangan berterusan Israel
Sumber berkata sekurang-kurangnya 85,037 yang lain cedera dalam serangan berkenaan.
UNRWA beri amaran bencana alam sekitar, risiko kesihatan di Gaza
UNRWA memberi amaran mengenai bencana alam sekitar dan risiko kesihatan di Semenanjung Gaza.
RM110 juta disalur kepada UNIFOR bina gereja, kuil tahun ini
Jelas Datuk Amar Datuk Amar Dr Sim Kui Hian di bawah Fasa Kedua Geran UNIFOR, RM40.87 juta diperuntuk kepada 91 gereja dan kuil melalui 42 ADUN dan Ahli Parlimen.
Seperti Putrajaya, fokus jadikan IKN pusat pemerintahan
Dino Patti Djalal turut berharap IKN fokus untuk dijadikan pusat pemerintahan dan bukannya pusat kewangan
IKN perlu jadi kota oleh rakyat Indonesia, unrtuk bangsa Indonesia
Dino Patti Djalal mengingatkan IKN dibina untuk rakyat Indonesia dan perlu mengerkalkan identiti republik itu.
Jangan terburu-buru siapkan IKN - Bekas Duta
Dino Patti Djalal berpandangan IKN memerlukan lebih banyak masa untuk disiapkan kerana banyak perkara dan risiko yang perlu dipertimbangkan sebelum ia dapat digunakan sepenuhnya termasuk dari segi pendanaan dan transisi birokrasi
Mahu DLP Matematik, Sains dilaksanakan tanpa syarat - Guan Eng
Tiada isu menentang penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar, sebaliknya mahu Program Dwibahasa subjek Sains dan Matematik dilaksanakan tanpa syarat.
Tidak adil untuk gesa Hannah Yeoh letak jawatan - Nie Ching
Teo Nie Ching mempersoalkan tindakan Ramasamy yang tidak melakukan gesaan sama apabila bekas Setiausaha Agung yang kini Pengerusi DAP, Lim Guan Eng didakwa di mahkamah.
Polis siasat ugutan bunuh terhadap Teresa Kok
Polis mengesahkan menerima laporan mengenai ugutan terhadap Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok Suh Sim pada Ahad.
Kejayaan calon PH bukti semangat kekitaan yang erat dalam Kerajaan Perpaduan - Ahmad Zahid
"DAP banyak bantu calon BN dalam PRK sebelum ini, tidak salah jika UMNO membalas budi yang telah ditabur oleh mereka."
PRK Kuala Kubu Baharu: PH yakin pertahan kemenangan - Loke
Pakatan Harapan (PH) optimis mampu mempertahankan kemenangan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu esok.
MIC nafi dakwaan wujud boikot secara senyap dalam parti
MIC menuntut agar portal media berkenaan mendedahkan sumber yang mengeluarkan dakwaan tersebut dan akan mengambil tindakan undang-undang.
‘Pas lebih lama dengan DAP’ - Ahmad Maslan
"Kumpulan ini sebenarnya orang hipokrit tahap tinggi," kata Ahmad membidas segelintir penyokong pembangkang.
PRK Kuala Kubu Baharu: Pang Sock Tao diumum calon Kerajaan Perpaduan
Pang Sock Tao diumumkan sebagai calon yang akan mewakili Kerajaan Perpaduan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu.
'Hormati hak MCA tidak kempen kecuali calon dari BN' - Pemuda MCA
Pemuda MCA tidak akan menghalang mana-mana parti yang mahu membantu DAP untuk berkempen dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu (KKB), Mei ini.
PRK Kuala Kubu Baharu: DAP sokong penuh siapa sahaja calon Kerajaan Perpaduan - Nga
DAP akan memberi sokongan penuh kepada siapa sahaja calon yang mewakili Kerajaan Perpaduan bagi PRK DUN Kuala Kubu Baharu pada 11 Mei ini.