Hukum hudud akan dikatakan kolot jika dilihat melalui kaca mata Barat.
Demikian pandangan Profesor Emeritus Datuk Dr Mahmood Zuhdi Abdul Majid dari Jabatan Fiqh dan Usul Fiqh, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).
Menurutnya, hukuman yang digariskan dalam agama Islam itu bukan sekadar menghukum, tetapi juga untuk mendisiplinkan pesalah.
"Perkara utama dalam agama adalah membimbing, sebaliknya perundangan menjadi langkah terakhir.
"Apabila seseorang sudah diberikan didikan, tetapi berbuat jahat, maka hendaklah dikenakan dengan hukuman berat.
"Tetapi untuk membolehkan hukuman berat itu dilaksanakan, ia memerlukan beban pembuktian yang ketat," katanya seperti dilapor Berita Harian.
Dalam temu bual itu, Dr Mahmood Zuhdi menjelaskan kekeliruan masyarakat mengenai hukum hudud yang cuba dilaksanakan di Kelantan.
Katanya, Islam adalah agama yang mementingkan disiplin, berlainan dengan sistem Barat yang hanya menekankan kebebasan.
"Apabila manusia terlalu bebas, mereka tidak mempunyai disiplin," katanya lagi.
Beliau mengambil contoh hukum hudud ke atas mereka yang melakukan zina, yang memerlukan empat saksi yang mempunyai pegangan agama yang kukuh dan jujur.
Dr Mahmood Zuhdi berkata saksi juga perlu melihat persetubuhan itu dengan jelas "seperti melihat benang memasuki lubang jarum", dan bukannya menghendap.
Justeru, katanya, adalah agak mustahil untuk menghukum seseorang yang didakwa berzina.
"Malah, ketika zaman Rasulullah, hanya ada satu kes saja hukuman hudud dikenakan kepada penzina.
"Itu pun, beliau sendiri bertemu Rasulullah SAW dan mengaku perbuatannya.
"Tetapi Baginda SAW bertanyakan pelbagai soalan untuk memastikan perbuatan itu benar-benar dilakukan dan memahami maksud perzinaan," jelas beliau.
Mengulas, apakah Kelantan melaksanakan hukum hudud, Dr Mahmood Zuhdi berkata Kerajaan Kelantan perlu banyak memberi pemahaman kepada masyarakat tentang apa itu hudud terlebih dulu.
"Untuk mengemukakan perlu dengan cara bijak dan berhati-hati.
"Undang-undang itu sama seperti sastera kerana mahu mengutamakan masyarakat. Perlu ada ijtihad baru yang mampu menyesuaikan dengan konteks semasa.
"Sekarang ini, asas ada tetapi isunya penganjur perlu benar-benar menjiwai syariat Islam semasa," katanya.
Astro Awani
Wed Mar 25 2015
Hudud kolot jika dilihat melalui kaca mata barat - Prof Dr Mahmood Zuhdi (Sumber:mahmoodzuhdi.com)
Tangani penyalahgunaan dadah di tempat kerja perlu jadi agenda utama majikan - AADK
Majikan disaran menjadikan usaha menangani isu penyalahgunaan dadah sebagai agenda utama bagi membantu mewujudkan persekitaran selamat di tempat kerja.
Polis tahan dua lelaki, rampas ekstasi bernilai lebih RM1 juta
Polis menumpaskan kegiatan pengedaran dadah yang dipercayai beroperasi dari rumah selepas menahan dua lelaki dan merampas serbuk ekstasi bernilai RM1.1 juta di Taman Permata di sini pada Selasa lepas.
Perlu mohon permit khas bagi pembelian minyak diesel melebihi had - KPDN
Armizan berkata permit khas itu hanya untuk kegunaan yang dibenarkan selain daripada tujuan jualan semula.
Jelajah Dunia Akhir BWF: Zii Jia, Aaron-Wooi Yik tempah slot separuh akhir
Lee Zii Jia mengesahkan tempat ke aksi separuh akhir selepas melakar kemenangan kedua peringkat Kumpulan A, Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China hari ini.
318 stesen pemancar telekomunikasi terkesan banjir telah mula beroperasi - Fahmi
Fahmi berkata terdapat lima lagi stesen pemancar terkesan dengan bencana alam itu yang masih belum beroperasi.
Tumpuan Jumaat – 13 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
PBS lebih holistik, sesuai untuk pembangunan murid - Fadhlina
Kementerian Pendidikan (KPM) akan terus memperkasakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang menggantikan peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3).
Pencuri elektrik guna sambungan haram bawah tanah elak dikesan - Sarawak Energy
Pencuri elektrik di Sarawak kini dikesan menggunakan taktik melakukan sambungan haram secara terus dengan kabel bawah tanah bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.
Tiga premis makanan di Pulau Pinang diarah tutup kerana kotor
Tiga premis makanan diarah tutup berikutan keadaan kebersihan terutamanya di bahagian dapur kurang memuaskan dan tidak mencapai piawaian ditetapkan.
Pengurus dan penyelia kilang ditahan kes pencemaran sungai di Pasir Gudang
Jabatan Alam Sekitar (JAS) menahan pengurus dan penyelia sebuah kilang oleokimia di Kawasan Perindustrian Pasir Gudang semalam, bagi membantu siasatan kes pencemaran Sungai Buloh.
OIC mesti bertindak banteras Islamofobia, hipokrasi Barat - Menteri Luar Negeri
Tindakan parti politik berhaluan kanan, pemimpin agama dan entiti negara-negara Barat yang membakar sentimen Islamofobia merupakan sikap hipokrasi dan dwistandard yang memalukan.
Perang dicetuskan blok Barat untuk terus kekal berkuasa - Penganalisis
Kemunculan kuasa-kuasa besar baharu seperti China yang mempunyai kekuatan ekonomi sangat tidak dijangka oleh Barat.
KOLUMNIS AWANI: Kemerosotan lobi pro-Israel
Pengaruh lobi pro-Israel di Barat telah merosot selama tempoh beberapa tahun lalu di sebalik peningkatan kesedaran terhadap Palestin.
Israel dakwa berjaya lancar satelit pengintip, Iran jadi sasaran
Serangan terhadap kemudahan nuklear Iran di Natanz itu menandakan satu lagi serangan terhadap Iran yang dikaitkan dengannya.
COVID-19: Sepintas lalu kefahaman isu hierarki sosial di Malaysia
Agama Islam secara dasarnya tidak menyekat wanita malah memberi kemuliaan kepada wanita dengan menjadikan suami, bapa atau adik lelaki atas abang sebagai wali kepada wanita.
Shinzo Abe atau Abe Shinzo? Jepun meminta media sedunia tulis begini...
Jepun menggunakan susunan nama mengikut cara Barat semasa era Meiji di akhir kurun ke-19 dan awal kurun ke-20, ketika negara itu cenderung mencontohi Eropah.
MMA di Asia tak amalkan budaya 'hina orang' seperti di barat - Saiful Merican
Sukan seni bela diri campuran (MMA) bukanlah mengenai pertarungan semata-mata, tetapi ia mengenai cara kita membawa diri ketika berada di dalam dan di luar gelanggang.
Hudud kolot jika dilihat melalui kaca mata barat - pakar
Dalam Islam, hukuman yang digariskan bukan sekadar menghukum, tetapi untuk mendisiplinkan pesalah.
Syria berdepan penjajahan barat
Syria berdepan dengan perang penjajahan bentuk baru yang didalangi negara-negara barat.