Hujan berterusan di Sarawak, Johor dan Pantai Timur hingga Selasa

Antara kawasan yang diramal terjejas termasuk Kuching, Serian, Kota Bharu, Kuantan, dan Segamat, dengan hujan berterusan selama tiga hari. - Gambar hiasan/Bernama
KUALA LUMPUR: Hujan berterusan diramal melanda beberapa kawasan di Sarawak, Kelantan, Terengganu, Pahang serta Johor pada esok dan Ahad yang dijangka berlaku hingga Selasa depan.
Ringkasan AI
- Hujan berterusan dijangka melanda Sarawak, Kelantan, Terengganu, Pahang, dan Johor mulai esok hingga Selasa depan, menurut amaran MetMalaysia.
- Kawasan yang diramal terjejas termasuk Kuching, Serian, Kota Bharu, Kuantan, dan Segamat, dengan hujan berterusan selama tiga hari.
- Amaran angin kencang dan laut bergelora dikeluarkan bagi Johor Timur, Pahang, Terengganu, dan Kelantan sehingga Khamis depan, membawa risiko kepada aktiviti laut dan kenaikan paras laut di kawasan tersebut.
"Hujan berterusan juga diramal berlaku mulai Ahad hingga Selasa di Johor membabitkan Segamat, Kluang, Mersing dan Kota Tinggi serta Jerantut, Maran, Kuantan, Pekan dan Rompin di Pahang," menurut amaran itu.
Dalam kenyataan berasingan, MetMalaysia mengeluarkan Amaran Angin Kencang dan Laut Bergelora Kategori Pertama melibatkan perairan Johor Timur, Pahang, Terengganu dan Kelantan hingga Khamis depan.
Jabatan itu memaklumkan angin kencang timur laut berkelajuan 40 hingga 50 kilometer sejam dengan ombak mencapai ketinggian hingga 3.5 meter dijangka berlaku di kawasan perairan terlibat dalam tempoh berkenaan.
"Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini berbahaya kepada bot-bot kecil, aktiviti rekreasi laut dan sukan laut," menurut kenyataan itu.
Selain itu, MetMalaysia turut mengeluarkan Amaran Kenaikan Paras Laut di perairan Johor Timur, Pahang, Terengganu dan Kelantan bagi tempoh Sabtu hingga Isnin.
Menurut MetMalaysia, keadaan itu berisiko menyebabkan limpahan air laut di pesisir pantai, khususnya di kawasan rendah dan terdedah.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


