awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
UNMISS: 13 Pegawai PDRM selamat tiba di tanah air dari Sudan Selatan
Kanak-kanak 10 tahun maut dalam kemalangan di Kuala Krai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hujan cecah 100mm antara punca banjir di Melaka

Bernama
Bernama
04/03/2023
03:35 MYT
Hujan cecah 100mm antara punca banjir di Melaka
Antara kediaman penduduk yang ditelenggami air sedalam satu meter akibat banjir ketika tinjauan pada jam 3 petang semalam di Kampung Parit Penghulu Benteng dekat Sungai Rambai, Jasin. --fotoBERNAMA
MELAKA: Hujan berterusan sehingga mencecah 100 mililiter (mm) sehari menjadi antara punca bencana banjir di Melaka terutama di Jasin.
Pengarah Angkatan Pertahanan Awam (APM) Melaka Lt Kol (PA) Kamarulsyah Muslim berkata bacaan tersebut diukur di beberapa stesen telemetri Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) di negeri berkenaan pada Rabu lepas.
"Hujan berterusan itu menyebabkan peningkatan air sungai yang melimpah ke tebing sehingga menyebabkan banjir di kawasan sekitar.
"Bagaimanapun kebanyakan paras air sungai di Melaka masih di peringkat waspada ketika ini," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata ketika ini, air laut pasang namun tidak tinggi dan tidak menghalang air banjir turun secara beransur-ansur ke laut.
Jabatan Meteorologi hari ini mengeluarkan amaran hujan berterusan peringkat waspada di Melaka sehingga esok.
Jumlah mangsa banjir di Melaka terus meningkat kepada 379 orang daripada 97 keluarga pada 8 pagi ini berbanding 204 orang daripada 50 mangsa pada 8 malam tadi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#banjir
#Jabatan Pengairan dan Saliran
#banjir melaka
#paras air sungai
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan