Hujan lebat di sekitar Perak sejak awal pagi Rabu telah menjejaskan beberapa buah kediaman khususnya di sekitar daerah Bagan Datuk.
Bagaimanapun, sehingga kini tiada pusat pemindahan mangsa banjir yang dibuka berikutan keadaan masih lagi terkawal dan selamat buat para penduduk.
Jurucakap Sekretariat Pengurusan Bencana Banjir Negeri berkata beberapa keluarga masih ditempatkan di rumah masing-masing walaupun kejadian air pasang besar masih lagi menjejaskan beberapa mukim di Bagan Datuk.
Jelasnya, pihaknya kini sedang melaksanakan pemantauan di kesemua empat mukim yang terlibat di dalam kawasan hotspot atau kawasan panas.
"Sehingga pukul 6 petang Rabu, keadaan masih lagi terkawal untuk keempat-empat mukim seperti Mukim Teluk Bharu, Mukim Hutan Melintang, Rungkup dan Bagan Datuk.
"Ia melibatkan sebanyak 17 buah kampung secara keseluruhan dan keadaan masih lagi terkawal dan baik buat masa ini," katanya dalam satu kenyataan media pada Rabu malam.
Jelas beliau, bacaan paras air laut tertinggi kini direkodkan mencapai takat 3.2 meter namun didapati ianya mulai surut sehingga kini.
Tambahnya, paras kenaikan air merekodkan sebanyak satu hingga tiga kaki namun tiada pusat pemindahan yang dibuka baik di Bagan Datuk atau kesemua daerah di seluruh negeri.
"Hujan masih turun di beberapa lokasi, justeru pihak kami akan melaksanakan pemantauan berkala bersama dengan bantuan beberapa agensi lain," ujarnya lagi.
Katanya lagi, pemantauan terakhir mendapati terdapat sebuah ban yang pecah hampir 30 meter di Kg Pisang Batak Rabit di daerah Hilir Perak dan tindakan segera akan dilaksanakan bagi menangani masalah berkenaan.
"Pegawai Daerah Hilir Perak telah dimaklumkan berkenaan kejadian ini dan begitu juga dengan Jabatan Pengaliran dan Saliran bagi tindakan selanjutnya,"katanya.
Jurucakap sekretariat pengurusan juga melaporkan kesemua sungai utama di sekitar negeri berada di paras normal buat masa ini.
Nazialita Geynna Maharan
Wed Apr 26 2017
Bacaan paras air laut tertinggi kini direkodkan mencapai takat 3.2 meter namun didapati ianya mulai surut sehingga kini.
Bangunan baharu MOM di Bukit Jalil diharap jadi motivasi tingkat prestasi atlet - Ahmad Zahid
Beliau berkata pembinaan bangunan baharu itu telah dipersetujui Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh, bagi pihak kerajaan.
Aaron-Wooi Yik Olimpian Tahunan 2024
Ia mengiktiraf pencapaian luar biasa mereka menyumbang pingat gangsa selepas menewaskan Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen.
Berakhirnya pemerintahan Baath Syria buka jalan kepada keamanan - Erdogan
Erdogan mengulangi komitmen Turkiye untuk terus menyokong golongan tertindas di seluruh dunia.
Kesan kenaikan cukai import minyak sawit oleh India bersifat sementara - KPK
Kenaikan itu sebahagian daripada usaha India melindungi harga minyak tempatan dan menyokong industri pertanian domestiknya.
Ketiadaan akauntabiliti antarabangsa bolehkan Israel lakukan jenayah terhadap rakyat Palestin - PM Mustafa
Beliau berkata demikian semasa pertemuan dengan Wakil Khas Kesatuan Eropah untuk Proses Keamanan Asia Barat Sven Koopmans pada Rabu.
Qatar akan buka semula kedutaan di Damsyik selepas 13 tahun
Doha akan membuka semula kedutaannya di Syria tidak lama lagi selepas memuktamadkan pengaturan yang diperlukan.
Pusat Data Bagan Datuk bakal jadi pencetus perubahan ekonomi digital global
Ia bagi menyediakan infrastruktur kritikal untuk menyokong operasi perniagaan moden dan membuka peluang dalam sektor perkhidmatan kewangan.
Rusia: Penipu curi puluhan juta dolar melalui pusat panggilan ditahan
Penipu yang mencuri puluhan juta dolar daripada penduduk lebih 20 negara melalui tiga pusat panggilan telah ditahan di Moscow.
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Ban pecah di 12 kawasan di Bagan Datuk, perlu peruntukan besar untuk diperbaiki
Baik pulih ban pecah di 12 kawasan di Bagan Datuk memerlukan kos yang tinggi iaitu sekurang-kurangnya 10 juta bagi setiap ban, kata Ahmad Zahid.
Bagan Datuk catat pendaratan ikan tertinggi di Perak
Bagan Datuk menjadi daerah tertinggi di negeri ini memperoleh pendaratan ikan marin berjumlah 136,929.45 tan metrik pada tahun lepas.
Dua nelayan Indonesia didakwa edar 10.61kg dadah
Dua nelayan warga Indonesia didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan mengedar dadah seberat 10.61 kilogram (kg), minggu lepas.
Hanya dua murid Tahun 1 di SK Tebing Rebak
Sekolah Kebangsaan (SK) Tebing Rebak, Sungai Sumun di sini hanya menerima dua pendaftaran baharu bagi Tahun Satu sesi persekolahan 2024.
Zahid kunjungi keluarga angkat sempena Tahun Baharu Cina
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengunjungi keluarga angkatnya yang berbangsa Cina di Taman Desa Bersatu, Hutan Melintang, Bagan Datuk.
Bagan Datuk bakal berkembang sebagai pusat ilmu - Ahmad Zahid
Bagan Datuk bakal berkembang sebagai pusat tumpuan pendidikan dalam tempoh akhir Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12).
Polis tahan dua lelaki tempatan cuba seludup keluar 241 warga asing
Polis menahan dua lelaki tempatan dan 241 pendatang tanpa izin dalam serbuan di Bagan Datuk, awal pagi tadi.
Perak sambut baik cadangan wujud galeri kenangan M. Daud Kilau di Bagan Datuk
Perak menyambut baik cadangan untuk membina galeri kenangan, khusus buat penyanyi legenda Allahyarham Datuk M. Daud Kilau di daerah Bagan Datuk.
Taman Perindustrian Perikanan Antarabangsa Bagan Datuk perkasa sekuriti makanan
Projek berimpak tinggi itu merupakan antara inisiatif terbaik bagi memperkasakan agenda sekuriti makanan khususnya melalui sektor perikanan.
Nelayan dikhuatiri lemas akibat bot karam di Bagan Datuk, ditemukan maut
Nelayan yang dikhuatiri lemas selepas bot yang dinaiki karam di Kampung Pasang Api, dekat Hutan Melintang, Bagan Datuk awal pagi tadi, ditemukan maut.