awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiga kluster tibi di Kelantan babit sembilan kes
KBS galak penglibatan lebih ramai wanita dalam sukan
Kes demam campak di AS lonjak empat kali ganda purata tahunan dalam tempoh beberapa minggu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hujan dijangka turun di Pahang, Terengganu petang ini

Astro Awani
Astro Awani
03/11/2024
06:14 MYT
Hujan dijangka turun di Pahang, Terengganu petang ini
Hujan dijangka berlaku di pesisir pantai melibatkan perairan Pahang dan Terengganu pada sebelah petang. - METMalaysia.
KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi (METMalaysia) menjangkakan hujan bakal berlaku di pesisir pantai melibatkan perairan Pahang dan Terengganu pada sebelah petang dan keadaan cuaca lembap berlaku di semua negeri di Semenanjung.
METMalaysia dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan hujan dijangka turun di kawasan pedalaman melibatkan banjaran Titiwangsa iaitu Kedah, Perak, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan dan di Johor pada tengah hari ini.
Dalam pada itu, cuaca lembap diramal melibatkan kawasan di timur Semenanjung iaitu Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor pada lewat petang ini.
Mengulas lanjut, keberangkalian berlaku hujan di bahagian utara dan bahagian barat sedikit rendah berbanding dengan negeri pedalaman pantai timur.
Di Sabah pula, cuaca cerah manakala hujan diramal berlaku hanya di Tawau pada petang ini.
Manakala di Sarawak, cuaca lembap dilaporkan sejak awal pagi akan berterusan melibatkan bahagian tengah Sri Aman, Mukah, Bintulu, Betong, Sibu, Sarikei dan juga Kapit dan dijangka reda lewat petang ini.
Topic Berkaitan
#Pahang
#terengganu
#hujan
#cuaca lembap
#MetMalaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan