awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump kecam persembahan Bad Bunny di Super Bowl LX: “Antara yang terburuk..."
Cadangan jenamakan ASWARA sebagai Universiti P. Ramlee kembali dibangkitkan
21 Orang Asli ditahan bantu siasatan kes ceroboh tanah Sultan Pahang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hujan lebat India: 12 rakyat Malaysia tidak dapat dihubungi

Astro Awani
Astro Awani
12/07/2023
04:40 MYT
Hujan lebat India: 12 rakyat Malaysia tidak dapat dihubungi
Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Delhi dimaklumkan bahawa kumpulan rakyat Malaysia yang tidak dapat dihubungi itu sedang menyertai ekspedisi pengembaraan di Hampta Pass, Himachal Pradesh, India.
PUTRAJAYA: Kementerian Luar melalui Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Delhi sedang giat menyelaras usaha dengan pihak berkuasa tempatan untuk mengesan 12 rakyat Malaysia di negara itu.
Ini susulan laporan berhubung sekumpulan rakyat Malaysia yang masih tidak dapat dihubungi oleh ahli keluarga masing-masing selepas kejadian banjir baru-baru ini.
Menurut Wisma Putra dalam satu kenyataan, kumpulan tersebut tidak dapat dihubungi berikutan fenomena hujan lebat yang melanda wilayah utara India pada 9 Julai lalu.
Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Delhi dimaklumkan bahawa, kumpulan itu sedang menyertai ekspedisi pengembaraan di Hampta Pass, Himachal Pradesh, India.
"Pihak Suruhanjaya Tinggi Malaysia juga akan terus memantau perkembangan di Himachal Pradesh.
"Rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular dinasihatkan untuk berhubung terus dengan pihak suruhanjaya menerusi talian +91 85955 50594 atau emel ke [email protected]," menurut kenyataan itu.
Rakyat Malaysia juga dinasihatkan supaya lebih berhati-hati dan terus berwaspada serta sentiasa mengikuti perkembangan cuaca di setiap lokasi yang dikunjungi.
Sebarang perkembangan terkini mengenai status rakyat Malaysia yang terkesan dalam kejadian ini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.
Sebelum ini, hujan lebat sejak Sabtu (8 Julai) dilaporkan melanda wilayah utara India, mengorbankan sekurang-kurangnya 14 nyawa manakala infrastruktur jalan raya rosak di kebanyakan negeri.
Antara lain, di Himachal Pradesh, Uttarakhand, Punjab dan Haryana, terdapat laporan mengenai lebuh raya rosak, air sungai meningkat dan tanah runtuh.
Topic Berkaitan
#hujan lebat
#India
#Wisma Putra
#rakyat Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan