awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hujan lebat: Lima kenderaan dihempap pokok tumbang, tiada kemalangan jiwa

Bernama
Bernama
01/11/2023
14:35 MYT
Hujan lebat: Lima kenderaan dihempap pokok tumbang, tiada kemalangan jiwa
Antara lokasi yang terjejas adalah di Jalan PJU 5/15 di Kota Damansara, apabila sebatang pokok menghempap lima kereta kira-kira pukul 3.36 petang. - Sinar Harian
SHAH ALAM: Hujan lebat dan ribut di beberapa kawasan di sekitar Selangor petang tadi menyebabkan beberapa kenderaan rosak akibat dihempap pokok tumbang.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan Penyelamat Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata pihaknya telah menghantar jentera ke kawasan terlibat susulan kejadian itu.
Beliau berkata antara lokasi yang terjejas adalah di Jalan PJU 5/15 di Kota Damansara, dekat sini apabila sebatang pokok menghempap lima kereta kira-kira pukul 3.36 petang tadi.
"Selain itu, turut terjejas ialah kawasan Persiaran Meranti, Bandar Sri Damansara membabitkan tujuh batang pokok tumbang dan menghalang jalan serta lalu lintas pada 3.31 petang tadi.
"Kejadian yang sama turut berlaku di Jalan Pulau Angsa, Bandar Nusa Rhu di sini pada 4.20 petang yang melibatkan dua batang pokok tumbang dan menghalang jalan," katanya.
Ahmad Mukhlis berkata kerja-kerja mengalihkan pokok sedang dilakukan dan kejadian tidak melibatkan mangsa.
Sementara itu, Pengurusan Taman Botani Negara Shah Alam menerusi Instagramnya memaklumkan bahawa taman itu ditutup esok bagi kerja pembersihan susulan hujan lebat dan ribut yang berlaku petang tadi.
"Demi keselamatan bersama, Taman Botani Negara Shah Alam ditutup pada 2 Nov (esok) sehingga kerja-kerja pembersihan selesai dilaksanakan dan keadaan membenarkan," menurut hantaran itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#hujan lebat
#Pokok tumbang
#Selangor
#lalu lintas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan