awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mahkamah Rayuan putuskan kerajaan tidak bertanggungjawab dalam kes kematian tahanan
Prestasi "yo yo" NSFC perlu diperbaik segera - Aminuddin
Polis kenal pasti dua individu disyakit terlibat kes pemalsuan dokumen pemain warisan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hujan lebat punca tanah runtuh belakang apartment di Rawang

Sinar Harian
Sinar Harian
18/10/2019
00:23 MYT
Hujan lebat punca tanah runtuh belakang apartment di Rawang
Anggota bomba melakukan pemeriksaan di kawasan lereng belakang Apartment Dahlia yang runtuh malam tadi. -Foto Sinar Harian
Hujan lebat sejak petang semalam menyebabkan berlaku runtuhan tanah di belakang Apartment Dahlia, Jalan Desa Country Homes, di sini, malam tadi.
Ketua Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Penguasa Bomba Zulfikar Jaffar berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang ramai memaklumkan kejadian pada jam 9.41 malam.
Menurutnya, tujuh anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Rawang bersama sebuah jentera dikejarkan ke lokasi.
"Hasil pemerhatian runtuhan melibatkan kawasan lereng belakang apartment berkeluasan 20x30 kaki persegi dengan ketinggian lereng kira-kira 150 meter.
"Runtuhan tanah itu tidak merosakkan struktur bangunan. Tiada kecederaan serta kemalangan jiwa dilaporkan berlaku," katanya menerusi satu kenyataan.
Topic Berkaitan
#Apartment Dahlia
#Balai Bomba dan Penyelamat
#pusat gerakan operasi
#runtuhan tanah
#tanah runtuh
#Zulfikar Jaffar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan