awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agong berkenan terima menghadap Menteri Agama
Suspek tikam ibu hingga mati direman tujuh hari
Shila Amzah rai 25 tahun perjalanan seni di pentas prestij DFP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hujan luar biasa, ribut: Mangsa banjir Perak meningkat, PPS bertambah

Aida Aziz
Aida Aziz
14/11/2023
01:10 MYT
Hujan luar biasa, ribut: Mangsa banjir Perak meningkat, PPS bertambah
Sehingga jam 8 pagi tadi, seramai 269 mangsa daripada 80 keluarga ditempatkan di tujuh PPS di empat daerah. - Foto APM Perak
IPOH: Hujan lebat luar biasa disusuli ribut pada petang Isnin menyebabkan mangsa banjir di Perak terus meningkat hari ini kepada 269 orang dan berlaku penambahan pusat pemindahan sementara (PPS).
Jurucakap Jawatankuasa Pengurusan Bencana Banjir Daerah berkata, terdapat tiga PPS baru dibuka, iaitu satu di daerah Hulu Perak dan dua di Kinta.
Katanya, PPS Hulu Perak yang baru dibuka di Sekolah Menengah Kebangsaan Gerik menempatkan 24 orang daripada lapan keluarga.
Manakala PPS di Kinta Dewan Orang Ramai Taman Meru 2C Ipoh terdapat empat mangsa daripada dua keluarga dan Dewan Orang Ramai Kampung Sri Kinta pula 19 mangsa daripada enam keluarga.
"Sehingga jam 8 pagi tadi, seramai 269 mangsa daripada 80 keluarga ditempatkan di tujuh PPS di empat daerah.
"Ia meningkat berbanding 251 mangsa daripada 72 keluarga malam tadi, dan terdapat tiga PPS baru dibuka tengah malam tadi," katanya pada Selasa.
Tambahnya, kawasan yang terjejas di daerah terbaharu banjir di Hulu Perak merangkumi Kampung Kolam Air, Kampung Bendang Kerajaan, Kampung Tanjung Kala, Kampung Ulu Kenderong, Kampung Padang Kunyit, Kampung Padang dan Kampung Ramasamy.
Sementara itu, di Kinta pula membabitkan Taman Meru 2C dan Kampung Sri Kinta.
Topic Berkaitan
#banjir
#hujan lebat
#mangsa
#PPS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan