KUCHING: Jasad mendiang mangsa nahas helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Laskar Kanan 1 Joanna Felicia Rohna selamat tiba di Pangkalan Udara Kuching sekitar jam 11.54 malam Rabu menggunakan pesawat C130 milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).
Penerbangan dari Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah, Ipoh itu berlepas pada jam 9.18 malam Rabu selepas tertunda beberapa kali berikutan cuaca buruk.
Jasad mendiang yang tiba dalam suasana rintis syahdu hujan disambut dengan istiadat ketenteraan oleh 27 pegawai dan 80 lain-lain anggota daripada Divisyen Pertama Infantri Tentera Darat Malaysia yang berpangkalan di Kem Muara Tuang.
Jasad Joanna kemudian diletakkan dalam kenderaan khas, yang turut menempatkan suami dan dua anaknya sebelum dibawa secara konvoi tentera ke kampung suaminya di Kampung Engkaroh Tebakang, Serian kira-kira 90 kilometer dari sini untuk penghormatan terakhir sebelum disemadikan.
Majlis persemadian Joanna dijadualkan pada jam 9 pagi Khamis di sebuah tanah perkuburan Kristian di Serian dan dilaksanakan mengikut tradisi TLDM bagi wirawati yang gugur ketika bertugas.
Joanna merupakan salah seorang daripada 10 mangsa insiden nahas helikopter TLDM yang terkorban serta-merta semasa raptai perbarisan Sambutan Hari TLDM ke-90 pada pagi Selasa lalu.
Kejadian kira-kira jam 9.30 pagi itu melibatkan dua helikopter iaitu pesawat HOM (M503-3) membawa empat kru dan tiga penumpang bertembung di udara dengan pesawat Fennec dinaiki tiga kru sebelum terhempas di dalam Pangkalan TLDM Lumut.
Sambutan Hari TLDM ke-90 yang dijadualkan berlangsung pada Sabtu telah dibatalkan dan akan digantikan dengan majlis tahlil serta doa selamat untuk mangsa terlibat nahas berkenaan.
Fadilah Sulaiman
Wed Apr 24 2024
![Hujan sambut ketibaan jasad Joanna di kampung halaman Hujan sambut ketibaan jasad Joanna di kampung halaman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41713998726_jenazahJoannaFeli.jpg)
Jasad mendiang yang tiba dalam suasana rintis syahdu hujan disambut dengan istiadat ketenteraan oleh 27 pegawai dan 80 lain-lain anggota daripada Divisyen Pertama Infantri Tentera Darat Malaysia. - Astro AWANI
![Olimpik Paris 2024: Atlet Gaza tersepit antara impian dan serangan Israel Olimpik Paris 2024: Atlet Gaza tersepit antara impian dan serangan Israel](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71722043717_Palestineathlete.jpg)
Olimpik Paris 2024: Atlet Gaza tersepit antara impian dan serangan Israel
Serangan Israel juga telah menyebabkan kematian pemain terkemuka di Gaza, termasuk juara kejohanan.
AWANI Pagi: Tutup Haji 2024, menanti lambaian 2025
Ikuti diskusi Awani PAGI pada Sabtu bersama Ketua Rombongan Haji 1445h/2024M, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman bagi membincangkan mengenai operasi haji 2024 yang ditutup secara rasmi minggu ini, sekali gus menantikan lambaian Kaabah untuk tetamu Allah pada tahun 2025.
![Bordeaux fail muflis Bordeaux fail muflis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81722043252_TBFCGirondins.jpg)
Bordeaux fail muflis
Ditubuhkan pada 1881, FC Girondins de Bordeaux ialah salah satu kelab bola sepak paling terkenal di Perancis.
![Medan selera Taman Lembah Keramat terbakar Medan selera Taman Lembah Keramat terbakar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51722042268_tbmedanselera.jpg)
Medan selera Taman Lembah Keramat terbakar
Kebakaran melibatkan bangunan kelas A yang dianggarkan musnah 80 peratus.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [27 Julai 2024]
Antara fokus Awani Pagi bersama Nursyazwani Saiful Sham & Azib Zikry
- Mahkamah: kes bunuh Nur Farah Kartini dan Zayn Rayyan
- Lapan kawasan rekod cuaca panas berjaga-jaga
- Sukan Olimpik Paris 2024 secara rasmi membuka tirai
- Mahkamah: kes bunuh Nur Farah Kartini dan Zayn Rayyan
- Lapan kawasan rekod cuaca panas berjaga-jaga
- Sukan Olimpik Paris 2024 secara rasmi membuka tirai
![Pemimpin Hamas meninggal dunia dalam tahanan Israel Pemimpin Hamas meninggal dunia dalam tahanan Israel](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51722040266_tbMustafaMuhammadA.jpg)
Pemimpin Hamas meninggal dunia dalam tahanan Israel
Mustafa Muhammad Abu Ara meninggal dunia selepas dipindahkan dari penjara di selatan Israel ke hospital.
![Lelaki buta mata selepas tampar lalat hinggap di muka Lelaki buta mata selepas tampar lalat hinggap di muka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41722039605_lelakibutalalat.jpg)
Lelaki buta mata selepas tampar lalat hinggap di muka
Wu dari Shenzen dilaporkan buta mata kiri selepas terkena jangkitan kuman dipercayai dibawa lalat itu.
![[KOLUMNIS] PRK Nenggiri: Petunjuk persepsi atau prestasi? [KOLUMNIS] PRK Nenggiri: Petunjuk persepsi atau prestasi?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/81701508558_Jaripengundi.jpg)
[KOLUMNIS] PRK Nenggiri: Petunjuk persepsi atau prestasi?
Kali ini pada bulan Ogos 2024, ia adalah giliran Kelantan iaitu negeri yang masyhur dengan sejarah pemerintahan Paduka Seri Maharaja Puteri Cik Siti Wan Kembang.
![Olimpik Paris 2024: Judoka Iraq atlet pertama gagal ujian doping Olimpik Paris 2024: Judoka Iraq atlet pertama gagal ujian doping](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81722039538_tbPositivedoping.jpg)
Olimpik Paris 2024: Judoka Iraq atlet pertama gagal ujian doping
Judoka Iraq Sajjad Sehen menjadi atlet pertama yang gagal dalam ujian doping di Sukan Olimpik Paris.
![Perubahan iklim punca banjir buruk di Filipina Perubahan iklim punca banjir buruk di Filipina](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41722038584_TyphoonGaemi.jpg)
Perubahan iklim punca banjir buruk di Filipina
Sekurang-kurangnya 14 orang terkorban, sementara lebih 600,000 yang lain hilang tempat tinggal akibat Taufan Gaemi.
![Nahas helikopter TLDM: Keluarga Muhammad Firdaus terima dengan hati terbuka laporan akhir Nahas helikopter TLDM: Keluarga Muhammad Firdaus terima dengan hati terbuka laporan akhir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81717318870_MuhammadFirdausRam.jpg)
Nahas helikopter TLDM: Keluarga Muhammad Firdaus terima dengan hati terbuka laporan akhir
Keluarga Allahyarham Muhammad Firdaus Ramli yang terkorban dalam nahas helikopter TLDM menerima dengan hati terbuka laporan akhir siasatan.
![Nahas helikopter TLDM: Keluarga Faisol reda terima hasil laporan siasatan Nahas helikopter TLDM: Keluarga Faisol reda terima hasil laporan siasatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/51717058576_nahashelikpter.jpg)
Nahas helikopter TLDM: Keluarga Faisol reda terima hasil laporan siasatan
Keluarga seorang mangsa yang terkorban dalam nahas membabitkan helikopter TLDM di Lumut menerima laporan akhir siasatan dengan reda.
![Dua helikopter TLDM terlibat nahas tidak boleh dibaik pulih Dua helikopter TLDM terlibat nahas tidak boleh dibaik pulih](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71717050804_pesawathelikopter.jpg)
Dua helikopter TLDM terlibat nahas tidak boleh dibaik pulih
Dua Helikopter Operasi Maritim (HOM-AW139) dan AS 555 SN Fennec disahkan tidak boleh dibaik pulih untuk digunakan dalam operasi Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).
![Laporan penuh nahas helikopter TLDM diterbitkan esok - Fahmi Laporan penuh nahas helikopter TLDM diterbitkan esok - Fahmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/51715238099_pesawathelikopter.jpg)
Laporan penuh nahas helikopter TLDM diterbitkan esok - Fahmi
Laporan penuh nahas helikopter TLDM yang mengorbankan 10 pegawai dan anggotanya di Lumut, Perak telah siap dan akan dikeluarkan esok.
![Lapan mangsa tragedi helikopter TLDM terhempas selamat dikebumi Lapan mangsa tragedi helikopter TLDM terhempas selamat dikebumi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61713999689_Jenazah.jpg)
Lapan mangsa tragedi helikopter TLDM terhempas selamat dikebumi
Tiada kata-kata yang dapat menggambarkan kesedihan ahli keluarga dan waris yang mengiringi perjalanan terakhir mangsa.
![Tangisan anak bongsu iringi pengebumian Komander Amir Tangisan anak bongsu iringi pengebumian Komander Amir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/71713998942_JenazahKomanderAmir.jpg)
Tangisan anak bongsu iringi pengebumian Komander Amir
Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di kampung halamannya itu tepat pada jam 12.30 malam.
![Nahas helikopter Lumut: Pengamal media, orang ramai diminta tidak sebar video insiden Nahas helikopter Lumut: Pengamal media, orang ramai diminta tidak sebar video insiden](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51713591758_TBFahmi.jpg)
Nahas helikopter Lumut: Pengamal media, orang ramai diminta tidak sebar video insiden
Beliau berkata dalam situasi sekarang, orang ramai seharusnya menghormati waris dan keluarga mangsa yang terlibat dalam nahas itu kerana video tersebut akan memberi kesan kepada mereka.
![Nahas helikopter Lumut: Laporan interim akan disediakan secepat mungkin - Khaled Nahas helikopter Lumut: Laporan interim akan disediakan secepat mungkin - Khaled](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/71713850975_khalednordinjpg.jpg)
Nahas helikopter Lumut: Laporan interim akan disediakan secepat mungkin - Khaled
Pihaknya bagaimanapun tidak menetapkan sebarang tempoh masa bagi penyediaan laporan itu.