PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan di sini hari ini menggantikan hukuman penjara 38 tahun seorang lelaki warga emas dengan pemenjaraan minimum 30 tahun bagi kesalahan membunuh jirannya berusia 77 tahun, empat tahun lepas.
Panel tiga hakim terdiri daripada Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim, Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali dan Mohamed Zaini Mazlan sebulat suara membuat keputusan itu selepas membenarkan rayuan Mohamad Shaharudin Zakaria, 69, untuk mengetepikan hukuman penjara 38 tahun yang dijatuhkan terhadapnya oleh Mahkamah Tinggi Ipoh, Perak tahun lepas.
Mahkamah memerintahkan Mohamad Shaharudin menjalani hukuman penjara itu bermula dari tarikh tangkap pada 4 Mei 2020.
"Hukuman penjara 38 tahun diketepikan dan digantikan dengan hukuman penjara 30 tahun. Kami mengambil kira faktor usia seperti yang dihujah peguam," kata Hakim Ahmad Zaidi.
Mohamad Shaharudin didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi Ipoh pada tahun lepas kerana membunuh Zaharah Khalid dengan menjerut dan mencampakkan mayatnya ke dalam parit di sebuah rumah di Kampung Pasir Panjang Laut, Seri Manjung, Manjung kira-kira pukul 8 malam, 3 Mei 2020 mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori.
Terdahulu, peguam Rajith Singh yang mewakili Mohamad Shaharudin berhujah bahawa anak guamnya yang sudah berusia itu menghidap penyakit tekanan darah tinggi, jangkitan paru-paru dan asma.
"Saya memohon mahkamah ini menjatuhkan hukuman dengan mengambil kira faktor usia dan kesihatan perayu, ia merupakan kesalahan pertamanya," kata peguam itu.
Timbalan Pendakwa Raya Afzainizam Abdul Aziz berhujah bahawa hukuman penjara 38 tahun perlu dikekalkan kerana lelaki itu tidak dikenakan hukuman sebatan.
"Sekiranya mahkamah membenarkan, saya mencadangkan hukuman sekurang-kurangnya 35 tahun (penjara) dikenakan terhadap perayu," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 21 2024
Mahkamah memerintahkan Mohamad Shaharudin menjalani hukuman penjara itu bermula dari tarikh tangkap pada 4 Mei 2020. - Gambar fail/Astro AWANI
Tangani penyalahgunaan dadah di tempat kerja perlu jadi agenda utama majikan - AADK
Majikan disaran menjadikan usaha menangani isu penyalahgunaan dadah sebagai agenda utama bagi membantu mewujudkan persekitaran selamat di tempat kerja.
Polis tahan dua lelaki, rampas ekstasi bernilai lebih RM1 juta
Polis menumpaskan kegiatan pengedaran dadah yang dipercayai beroperasi dari rumah selepas menahan dua lelaki dan merampas serbuk ekstasi bernilai RM1.1 juta di Taman Permata di sini pada Selasa lepas.
Perlu mohon permit khas bagi pembelian minyak diesel melebihi had - KPDN
Armizan berkata permit khas itu hanya untuk kegunaan yang dibenarkan selain daripada tujuan jualan semula.
Jelajah Dunia Akhir BWF: Zii Jia, Aaron-Wooi Yik tempah slot separuh akhir
Lee Zii Jia mengesahkan tempat ke aksi separuh akhir selepas melakar kemenangan kedua peringkat Kumpulan A, Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China hari ini.
318 stesen pemancar telekomunikasi terkesan banjir telah mula beroperasi - Fahmi
Fahmi berkata terdapat lima lagi stesen pemancar terkesan dengan bencana alam itu yang masih belum beroperasi.
Tumpuan Jumaat – 13 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
PBS lebih holistik, sesuai untuk pembangunan murid - Fadhlina
Kementerian Pendidikan (KPM) akan terus memperkasakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang menggantikan peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3).
Pencuri elektrik guna sambungan haram bawah tanah elak dikesan - Sarawak Energy
Pencuri elektrik di Sarawak kini dikesan menggunakan taktik melakukan sambungan haram secara terus dengan kabel bawah tanah bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.
Tiga premis makanan di Pulau Pinang diarah tutup kerana kotor
Tiga premis makanan diarah tutup berikutan keadaan kebersihan terutamanya di bahagian dapur kurang memuaskan dan tidak mencapai piawaian ditetapkan.
Pengurus dan penyelia kilang ditahan kes pencemaran sungai di Pasir Gudang
Jabatan Alam Sekitar (JAS) menahan pengurus dan penyelia sebuah kilang oleokimia di Kawasan Perindustrian Pasir Gudang semalam, bagi membantu siasatan kes pencemaran Sungai Buloh.
3,856 OKU berkhidmat dalam perkhidmatan awam pada 2023, meningkat 3.5 peratus - DOSM
Sejumlah 3,856 penjawat awam dari kategori OKU berkhidmat dalam perkhidmatan awam pada 2023 berbanding 3,724 orang pada 2022, menurut laporan Statistik OKU Malaysia 2023.
Warga emas didakwa pukul anak OKU hingga cedera
Seorang lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan memukul anak perempuannya yang juga orang kurang upaya (OKU) sehingga mengalami kecederaan, Jumaat lepas.
BSMM seru lebih ramai wanita jadi sukarelawan
Kehadiran sukarelawan wanita di lapangan akan menjadikan bantuan lebih inklusif dan mudah diakses oleh semua golongan, kata Tunku Puteri Intan Safinaz.
Lelaki warga emas didenda RM1,500 gaduh rebut parkir kereta
Seorang warga emas hari ini didenda RM1,500 oleh Mahkamah Majistret di sini selepas mengaku memukul seorang lelaki dalam perebutan tempat letak kereta, dua bulan lepas.
Empat wanita ditahan disyaki samun rantai warga emas
Keempat-empat wanita berusia 30 hingga 41 tahun itu ditahan di persimpangan lampu isyarat Jalan Semangat PJS 13 di sini.
Warga emas dipercayai jatuh ke dalam tanah jerlus ketika cari kucing peliharaan
Penyelamat berharap Elizabeth Pollard, 64, masih hidup, sambil menjelaskan lubang itu mempunyai bekalan oksigen dengan suhu kira-kira 55 darjah Celsius.
Dua warga emas korban baharu banjir di Kelantan - Polis
Dua lelaki warga emas lemas di Machang, hari ini menjadikan korban banjir di negeri ini meningkat kepada lima orang setakat ini, kata Ketua Polis Kelantan Datuk Mohd Yusoff Mamat.
Warga emas ditemukan maut dengan kesan tikaman
Polis Daerah Kulai menerima maklumat berkaitan mangsa yang ditemukan dalam keadaan terbaring dan berlumuran darah itu daripada orang awam.
JBPM Terengganu masih mampu berdepan situasi banjir semasa - Pengarah
Kekuatan sedia ada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu setakat ini masih berupaya mendepani situasi semasa banjir di negeri itu.
Astro AWANI unggul raih lima anugerah media di MPRA 2024
Astro AWANI unggul selepas berjaya meraih lima anugerah di Malaysia Public Relations Awards 2024 di ibu negara, malam ini.