awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Diaspora India berperanan dalam pembangunan Malaysia - PM Modi
Ultras Selangor dilarang masuk stadium bagi tiga perlawanan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hukuman penjara Leissner terlalu ringan - Johari

Bernama
Bernama
30/05/2025
13:51 MYT
Hukuman penjara Leissner terlalu ringan - Johari
Johari berkata Leissner adalah salah seorang daripada dalang skandal kewangan yang mengakibatkan penyelewengan berbilion dolar daripada 1MDB. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Hukuman penjara dua tahun ke atas bekas pegawai institut kewangan Goldman Sachs Tim Leissner kerana penglibatannya dalam skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dianggap terlalu ringan.
Pengerusi Jawatankuasa Pasukan Petugas 1MDB Datuk Seri Johari Abdul Ghani dalam kenyataan hari ini berkata, Leissner merupakan salah seorang daripada dalang skandal kewangan itu yang mengakibatkan penyelewengan berbilion dolar daripada 1MDB.
"Leissner memainkan peranan penting dalam memudah cara penipuan ini, menyalahgunakan kedudukannya dan reputasi sebuah institusi kewangan terkemuka dunia untuk menjalankan rancangan ini.
"Hukuman seringan ini berisiko menghantar mesej yang salah kepada institusi kewangan global seperti Goldman Sachs, yang diamanahkan untuk menjaga kepentingan negara berdaulat," katanya.
Johari berkata penghukuman itu ialah peluang untuk menghantar mesej yang kuat kepada global bahawa jenayah kolar putih bakal berdepan akibat yang serius namun malangnya peluang itu terlepas.
Beliau turut membangkitkan mengenai pertikaian berterusan dengan Goldman Sachs berhubung jaminan pemulihan aset bernilai AS$1.4 bilion yang timbul daripada perjanjian penyelesaian ditandatangani pada 2020.
"Perkara ini masih di bawah timbang tara. Ini menambah kepada kekecewaan orang ramai dan mengukuhkan persepsi bahawa individu berkuasa boleh melarikan diri dengan akibat yang minimum," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#hukuman penjara
#Tim Leissner
#Goldman Sachs
#JOHARI ABDUL GHANI
#1MDB
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan