awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua jurulatih TFC direhatkan serta-merta susulan prestasi hambar
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hukuman penjara sebulan dan denda RM1,000 terhadap Tian Chua, kekal

Bernama
Bernama
30/11/2016
04:47 MYT
Hukuman penjara sebulan dan denda RM1,000 terhadap Tian Chua, kekal
Tian Chua, yang juga Anggota Parlimen Batu, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan tidak mematuhi perintah pegawai polis DSP A. Rajagopal untuk beredar dari kawasan yang diisytiharkan sebagai kawasan larangan. - Gambar fail
Mahkamah Tinggi di sini mengekalkan hukuman penjara sebulan dan denda RM1,000 terhadap Naib Presiden PKR Tian Chua yang didapati bersalah tidak mematuhi perintah polis supaya beredar dari kawasan larangan di Pusat Latihan Polis Diraja Malaysia (Pulapol) di sini, empat tahun lepas.
Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Nordin Hassan membuat keputusan itu selepas menolak rayuan Tian Chua atau nama sebenarnya Chua Tian Chang, 53, terhadap sabitan dan hukuman itu yang dijatuhkan hakim Mahkamah Sesyen pada 23 Jan 2014.
Nordin dalam penghakimannya berkata alasan hakim Mahkamah Sesyen ketika menjatuhkan hukuman terhadap Tian Chua adalah sah dan memadai.
"Walaupun alasan penghakiman hakim Mahkamah Sesyen tidak ditandatangani dan tidak bertarikh tetapi bukanlah suatu ketidakadilan mengikut Seksyen 422 Kanun Prosedur Jenayah (luar aturan tidak membatalkan prosiding)," katanya.
Nordin juga berkata kenyataan pembelaan oleh perayu (Tian Chua) hanyalah bersifat penafian semata-mata dan pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap pendakwaan.
Mahkamah itu bagaimanapun membenarkan permohonan Tian Chua untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman penjara sehingga rayuan akhirnya diputuskan oleh Mahkamah Rayuan.
Tian Chua, yang juga Anggota Parlimen Batu, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan tidak mematuhi perintah pegawai polis DSP A. Rajagopal untuk beredar dari kawasan yang diisytiharkan sebagai kawasan larangan mengikut Perintah Kawasan-Kawasan Larangan 1975.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Pulapol, Jalan Semarak, di sini pada 2.30 pagi 29 April 2012, iaitu sehari selepas perhimpunan Bersih 3.0.
Dia didakwa mengikut Seksyen 4(2) Akta Kawasan Larangan dan Tempat Larangan 1959 (Akta 298) yang boleh dihukum mengikut Seksyen 7 akta sama yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda maksimum RM1,000 atau kedua-duanya.
Tian Chua diwakili peguam Shahid Adli Kamarudin manakala pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nadia Hanim Mohd Tajuddin. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Chuan Tian Chang
#Mahkamah Sesyen
#Mahkamah TinggiTian Chua
#Nordin Hassan
#PKR
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan