Skip to main content

Malaysia

Hukuman rotan di sekolah tidak pernah dimansuhkan - Fadhlina

Fadhlina (foto) berkata pelaksanaan hukuman berkenaan perlu mematuhi tatacara ditetapkan dan tidak boleh dilakukan sesuka hati atau kerana didorong perasaan marah. -Gambar BERNAMA
Fadhlina (foto) berkata pelaksanaan hukuman berkenaan perlu mematuhi tatacara ditetapkan dan tidak boleh dilakukan sesuka hati atau kerana didorong perasaan marah. -Gambar BERNAMA

Advertisement

Ringkasan AI

  • Hukuman rotan di sekolah masih dibenarkan terhadap murid lelaki bagi kesalahan tertentu mengikut peraturan yang berkuat kuasa.
  • Pelaksanaan hukuman rotan hanya boleh dilakukan oleh guru besar, pengetua, atau guru yang diberi kuasa secara nyata.
  • Kementerian Pendidikan akan terus memperincikan tatacara pelaksanaan agar semua pihak memahami batas dan prosedur hukuman rotan.

KUALA LUMPUR: Hukuman rotan di sekolah tidak pernah dimansuhkan dan masih dibenarkan terhadap murid lelaki bagi kesalahan tertentu mengikut peraturan yang berkuat kuasa.

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek berkata, bagaimanapun, pelaksanaan hukuman berkenaan perlu mematuhi tatacara ditetapkan dan tidak boleh dilakukan sesuka hati atau kerana didorong perasaan marah.

Katanya, hukuman rotan hanya boleh dilaksanakan guru besar dan pengetua, atau guru yang diberikan kuasa secara nyata oleh mereka.

"Hukuman rotan di sekolah tidak pernah dimansuhkan. Peraturan sedia ada membenarkan hukuman rotan terhadap murid lelaki bagi kesalahan tertentu.

"(Namun) ia hanya boleh dilaksanakan guru besar atau pengetua atau guru yang diberikan kuasa secara nyata oleh guru besar atau pengetua," katanya pada sidang media di Parlimen, di sini, pada Isnin.

Fadhlina yang juga Ahli Parlimen Nibong Tebal berkata pelaksanaan hukuman itu perlu mengikut tatacara tertentu dan tidak boleh dilakukan sehingga mendatangkan kecederaan kepada murid.

Beliau berkata Kementerian Pendidikan akan terus memperincikan tatacara berkaitan dari semasa ke semasa bagi memastikan pihak sekolah, ibu bapa dan masyarakat memahami dengan jelas tatacara serta batas pelaksanaan hukuman berkenaan.

Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI

  • Q: Adakah hukuman rotan di sekolah telah dimansuhkan? 
    A: Hukuman rotan di sekolah tidak pernah dimansuhkan dan masih dibenarkan terhadap murid lelaki bagi kesalahan tertentu mengikut peraturan yang berkuat kuasa.
  • Q: Siapakah yang dibenarkan melaksanakan hukuman rotan di sekolah? 
    A: Hukuman rotan hanya boleh dilaksanakan oleh guru besar, pengetua, atau guru yang diberikan kuasa secara nyata oleh mereka.
  • Q: Apakah syarat pelaksanaan hukuman rotan di sekolah? 
    A: Pelaksanaan hukuman rotan perlu mematuhi tatacara yang ditetapkan, tidak boleh dilakukan sesuka hati atau kerana marah, dan tidak boleh menyebabkan kecederaan kepada murid.
  • Q: Apakah tindakan Kementerian Pendidikan berkaitan tatacara hukuman rotan? 
    A: Kementerian Pendidikan akan terus memperincikan tatacara berkaitan dari semasa ke semasa untuk memastikan sekolah, ibu bapa, dan masyarakat memahami dengan jelas batas pelaksanaan hukuman rotan.
  • Q: Hukuman rotan di sekolah dibenarkan untuk murid lelaki bagi kesalahan apa? 
    A: Hukuman rotan dibenarkan terhadap murid lelaki bagi kesalahan tertentu mengikut peraturan yang berkuat kuasa.

Must Watch Video

Advertisement