awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Polis tahan warga emas acu "pistol" di lebuh raya
KP Perkhidmatan Awam santuni pesara, sampaikan bantuan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hukuman rotan wajar dikembalikan di sekolah - Polis Selangor

Bernama
Bernama
27/11/2025
10:15 MYT
Hukuman rotan wajar dikembalikan di sekolah - Polis Selangor
Shazeli berkata polis memandang serius isu buli dan jenayah dalam kalangan remaja sebagai satu bentuk jenayah sosial yang boleh menjejaskan masa depan generasi muda itu. - Foto Bernama
SHAH ALAM: Hukuman rotan wajar dikembalikan semula sebagai satu pendekatan menangani kes buli dan salah laku jenayah di sekolah.

Ringkasan AI
  • Hukuman rotan dicadangkan dikembalikan sebagai pendekatan menangani kes buli dan jenayah di sekolah.
  • Ketua Polis Selangor menekankan perlunya garis panduan yang jelas untuk pelaksanaan hukuman rotan bagi mengelakkan penyalahgunaan kuasa.
  • Polis Selangor mendapati peningkatan kesalahan remaja termasuk buli, ugutan, dan gangsterisme, serta menyorot keperluan tindakan disiplin yang lebih ketat di sekolah.

Ketua Polis Selangor Datuk Shazeli Kahar berkata bagi mengelak kebimbangan salah guna kuasa dalam kalangan guru, pelaksanaan semula hukuman rotan boleh dibuat secara berperingkat dan terkawal mengikut garis panduan yang jelas.
Beliau berkata polis memandang serius isu buli dan jenayah dalam kalangan remaja sebagai satu bentuk jenayah sosial yang boleh menjejaskan masa depan generasi muda itu.
"Hukuman rotan ada pelbagai jenis kategori serta bergantung kepada situasi dan jenis kesalahan... ada bersifat minimum rotan, kuantiti iaitu berapa kali rotan, dan perkara ini perlu dikaji sebelum diperkenalkan semula.
"Manusia ini belajar dari pengalaman dan rasa yang dilalui dan itu lebih berkesan daripada kita bercakap dan berkomunikasi tanpa merasai sendiri," katanya pada sidang media sempena program Kempen Anti Buli di sini hari ini.
Shazeli berkata sebanyak 108 pelajar telah ditahan atas pelbagai kesalahan di Selangor antara Januari dan Oktober tahun lepas.
Beliau berkata bilangan kes meliputi pelajar sekolah rendah dan menengah ditahan itu meningkat kepada 122 orang bagi tempoh sama tahun ini.
"Antara kesalahan yang dikesan melibatkan buli, ugutan, mencederakan, selain pergaduhan dengan elemen gangsterisme, ini yang paling kita bimbangkan," katanya.
Shazeli berkata faktor takut atau fear factor dalam kalangan pelajar juga semakin berkurangan, akibat pengurangan atau pemansuhan sesetengah peraturan dan tindakan penguatkuasaan disiplin.
Beliau berkata peraturan atau tindakan sebegitu sepatutnya tersedia bagi membolehkan guru-guru menguruskan disiplin pelajar.
-- BERNAMA



Topic Berkaitan
#hukuman rotan
#dikembalikan disekolah
#Polis Selangor
#buli
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan