awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ganesh Kumar Bangah: ‘Bill Gates Malaysia’ pacu kebangkitan digital baharu
Amaran PBB: Keganasan di Myanmar memuncak menjelang pemilihan di bawah kawalan tentera
Trump didakwa naik jet peribadi Epstein lapan kali pada 1990-an – Dokumen DOJ
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Husam Musa dilantik Pengerusi SPNB baharu

Sinar Harian
Sinar Harian
24/03/2023
10:08 MYT
Husam Musa dilantik Pengerusi SPNB baharu
Husam memiliki Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dari Universiti Malaya dan mengikuti kursus Bahasa Arab di Jordan pada 1987. - Fail/Astro AWANI
SHAH ALAM: Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) memaklumkan pelantikan Datuk Husam Musa sebagai Pengerusi SPNB yang baharu berkuat kuasa 22 Mac 2023.
SPNB alam kenyataan pada Jumaat memaklumkan, Husam dilantik bagi menggantikan Datuk Mohd Nizar Zakaria.
"SPNB berharap dengan pengalaman luas serta kepimpinan beliau, SPNB akan terus mencapai kecemerlangan di masa hadapan," kata SPNB.
Husam memiliki Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dari Universiti Malaya dan mengikuti kursus Bahasa Arab di Jordan pada 1987.
Beliau sebelum ini pernah berkhidmat sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pentadbiran Awam, Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Pembangunan Masyarakat Negeri Kelantan Darul Naim pada 2004 hingga 2008 serta Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri Kelantan Darul Naim pada 2008 hingga 2013 (Exco kerajaan negeri Kelantan).
Selain itu, beliau juga pernah menjawat jawatan sebagai Pengerusi Kemubu Agriculture Development Authority (KADA) dan juga sebagai Pengerusi Anak Syarikat Kerajaan Negeri Kelantan seperti Kifalah Sdn Bhd. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Syarikat Perumahan Negara Berhad
#Husam Musa
#Pengerusi SPNB
#Mohd Nizar Zakaria
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan