Astro Publication
Mon Aug 24 2015
Setelah lama dinanti dengan penuh debar, roadster ikonik Mazda MX-5 generasi terbaharu akhirnya tiba di pasaran Malaysia. Buat masa ini, ia terhad kepada yang ditutup dengan bumbung fabrik namun sebuah lagi varian yang berbumbung ‘hard top’ sedang diusahakan.
Model ini mencipata nama dari generasi pertama (NA), sebagai sebuah roadster yang lincah, ringan dan seronok untuk dipandu. Namun, sejak itu kualiti-kualiti ini hilang sedikit; menjadi lebih berat dan (sedikit) besar. Versi NB masih lagi agak bagus, tetapi generasi ketiga (NC) sudah pergi jauh daripada ciri-ciri yang menjadikan model ini dipandang tinggi. Yang ditambah bagi generasi NC ini adalah keselesaan dan spesifikasi lebih tinggi.
Model ND terbaharu generasi keempat memberi imbangan antara kedua-dua kualiti – kelincahan dan keselesaan penumpang.
Buat masa ini hanya ada satu varian yang dijual Bermaz Motor iaitu yang dilengkapi enjin 2.0-liter, empat silinder yang menghasilkan 156hp pada 6,000rpm. Jumlah tork pula adalah 200Nm yang terhasil pada 4,000rpm.
Kotak gear adalah automatik enam kelajuan. Namun, dikhabarkan bahawa Bermaz juga sedang di dalam proses untuk membawa masuk MX-5 dengan transmisi manual. Enjin adalah sama; satu pilihan tepat kerana model ini hanya boleh didapati di dalam dua pilihan enjin – 2.0-liter atau 1.5-liter.
Ciri standard MX-5 baharu ini adalah ‘push start’, ‘auto cruise’, kerusi balutan kulit, ‘keyless entry’ dan lampu DRL. Stereng dibantu dengan motor elektrik yang boleh diubah untuk ketinggian dan jarak kepada pemandu.
Sistem audionya tidak mendukacitakan dengan sembilan pembesar suara daripada Bose. Terdapat juga skrin sentuh LCD tujuh inci yang lengkap dengan ciri MZD Connect untuk memberi pemandu capaian kepada unit hiburan, fungsi telefon bebas tangan dan fungsi-fungsi lain.
Paling unik adalah funsi i-Activesense yang merangkumi i-Stop (memberhentikan enjin ketika kereta tidak bergerak sewaktu kesesakan), AFS (lampu adaptif), i-Eloop, Lane Departure Warning dan juga High Beam Control Switch (lampu besar automatik).
Mazda MX-5 baharu ini dijual pada harga RM219,998.80 (atas jalan tanpa insurans).
Kenaikan tambang feri ke Langkawi bagi warga Malaysia dibatalkan
Langkawi Ferry Line Ventures Sdn Bhd membatalkan kenaikan kadar tambang feri yang dijadualkan dikuatkuasakan 1 Januari depan susulan nasihat Kementerian Pengangkutan (MOT).
PM Thailand ke Putrajaya esok, perkukuh hubungan dua hala
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra akan mengadakan lawatan rasmi pertamanya ke Malaysia sejak memegang tampuk kerajaan pada Ogos lalu atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Elaun kekal RM8 sehari, tak wajar bincang sekarang - Khaled
Kementerian Pertahanan (MINDEF) mengekalkan kadar elaun RM8 sehari untuk peserta Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 yang akan bermula bulan depan.
Menurut Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, kenaikan elaun itu tidak wajar dibangkitkan ketika ini berikutan program berkenaan belum bermula.
Menurut Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, kenaikan elaun itu tidak wajar dibangkitkan ketika ini berikutan program berkenaan belum bermula.
[TERKINI] SAPP bebas membuat keputusan keluar PN - Ahmad Zahid
Pengerusi Barisan Nasional Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, Parti Maju Sabah (SAPP) bebas membuat keputusan untuk keluar daripada Perikatan Nasional.
Kongres Khas PKR lulus pindaan perlembagaan parti dengan sokongan lebih dua pertiga perwakilan
Kongres Nasional Khas PKR 2024 hari ini meluluskan kesemua pindaan perlembagaan berkaitan proses pemilihan parti.
SAPP keluar, PN Sabah lemah
Pada PRN Sabah 2018, PN memenangi 11 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) menggunakan logo sendiri.
Pada 2022, ahli Parlimen yang bertanding di bawah PN keluar parti dan menjadi ADUN parti Gagasan Rakyat Sabah (GRS).
Kedua-dua gagasan serta SAPP adalah komponen Gagasan Rakyat Sabah.
Pada 2022, ahli Parlimen yang bertanding di bawah PN keluar parti dan menjadi ADUN parti Gagasan Rakyat Sabah (GRS).
Kedua-dua gagasan serta SAPP adalah komponen Gagasan Rakyat Sabah.
Samsuri nafi peletakan jawatan ada kaitan dengan SAPP
Naib Presiden PAS, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar berkata peletakan jawatannya sebagai Bendahari Agung Perikatan Nasional tidak ada kaitan dengan pengunduran Parti Maju Sabah (SAPP) daripada perikatan itu.
Bagaimanapun, beliau enggan mengulas sama ada keputusannya dibuat tanpa paksaan mana-mana pihak.
Bagaimanapun, beliau enggan mengulas sama ada keputusannya dibuat tanpa paksaan mana-mana pihak.
Anwar sahkan ada perbincangan penyertaan Tengku Zafrul
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan wujud perbincangan awal berhubung Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Tengku Datuk Seri Zafrul, menyertai parti PKR.
Elaun PLKN 3.0 kekal RM8 sehari
Kementerian Pertahanan akan mengekalkan kadar elaun RM8 sehari kepada peserta PLKN 3.0 yang akan bermula Januari ini.
AWANI Ringkas: Elaun PLKN 3.0 RM8 sehari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Ia sudah kembali: Mazda MX-5 dilancarkan!
Dijual pada harga RM219,998.80; 156hp dan 200Nm, transmisi automatik enam kelajuan. Berat kereta: 1,080kg
Mazda3 sekarang lebih murah
Projek CKD menjadikan harga Mazda3 sukar untuk diketepikan
Mazda2 dilancarkan. RM87,956
Status segmen-B digegarkan dengan model terbaharu Mazda yang memberi lebih nilai untuk wang anda