DREBAR
Mazda3 sekarang lebih murah


Queensbay Mall, Penang | 9 – 12 April 2015 |
KSL City Mall, Johor Bahru | 10 – 12 April 2015 |
Setia City Mall, Shah Alam | 15 – 19 April 2015 |
Projek Mazda3 CKD ini tercapai lebih kurang setahun selepas pelancaran rasminya di pasaran tempatan. Dan seperti biasa, projek CKD membawa pengurangan harga – Mazda3 sekarang boleh dibeli dengan harga bermula dari RM105,376.30 (harga atas jalan tanpa insurans).
Harga tersebut adalah untuk varian sedan GL; dan ada dua lagi varian yang boleh dipilih iaitu sedan High-spec pada RM120,376.30, dan Hatchback dengan harga sama sepertimana High-Spec.

(Klik untuk galeri penuh)
Kesemua varian Mazda3 menggunakan enjin Skyaktic-G 2-liter yang sama, dan menghasilkan 162hp dan tork 210Nm.Kotak gearnya adalah automatik 6-kelajuan.
Penukaran daripada model CBU ke CKD tidak menjadikannya kurang memikat – pemasangan standard pada Mazda3 ini adalah unit heads-up display, kawalan lampu besar (high beam), Smart City Braking System (brek automatik diantara kelajuan 4km/j hingga 30km/j) dan Lane Departure Warning. Varian Hi-Spec mendapat kerusi kulit sepenuhnya di samping aloi 18 inci.
Setiap pembelian Mazda3 termasuk pakej penyelenggaraan percuma untuk 3 tahun/60,000km.
Untuk perincian spesifikasi Mazda3 CKD baharu ini, anda boleh meneliti imej di bawah (Klik untuk imej besar).




Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami