"Ibu, Affiq takut.. tak nak mati,” kata seorang remaja yang menderita akibat penyakit buah pinggang tahap tiga, di Kampung Kedap, semalam.
Mohd Affiq Najmiey Mohd Pauzi, 19, berkata, penyakit yang hanya disedari tiga bulan lalu merebak dengan cepat menyebabkan badannya membengkak.
Menurutnya, berat badannya dahulu 50 kilogram bertambah menjadi 75 kilogram memaksanya berhenti kerja di kedai makan di Melaka dan berehat di rumah bersama ibunya, Husnal Izalwati Hussin, 41.
Sebelum ini katanya, dia tidak menyedari kurang membuang air dan lenguh belakang merupakan petanda dia mempunyai penyakit kronik.
Anak kedua daripada empat beradik ini berkata, dia sepatutnya bekerja bagi menampung keperluan ibunya yang juga ibu tunggal, menyara dua lagi adiknya yang masih bersekolah di tingkatan empat dan tahun lima.
“Sekarang saya pula menjadi beban kepada ibu, saya tak mampu buat kerja berat malah ibu terpaksa menyediakan wang untuk perubatan saya.
“Ikutkan saya bosan makan 18 pil sehari, tapi mengenangkan ibu dan takutnya berdepan dengan ajal saya cekalkan hati serta ikut jadual pemakanan yang disediakan doktor,” katanya.
Sementara itu, Husnal berkata, pertambahan kos perubatan dan keperluan persekolahan anak-anak memaksanya bergantung pada anak sulung, Mohd Alef Najwiey, 20, yang bekerja di ladang buah di Pahang.
Husnal yang bekerja sebagai jurujual di sebuah pasaraya dekat sini berkata, gaji dan bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) juga membantunya mengurangkan beban sedia ada.
Namun katanya, dia perlu berusaha lebih gigih memandangkan bil perubatan Affiq sebanyak RM400 bulan lalu, masih tertunggak.
“Walaupun saya tinggal bersebelahan rumah mak, tapi saya tak sanggup bebankannya dan tinggal dalam rumah yang uzur ini.
“Kos perubatan dan persekolahan anak-anak lebih penting daripada membaiki bumbung rumah yang rosak teruk,” katanya.
Sinar Harian
Mon Apr 23 2018
Mohd Affiq Najmiey Mohd Pauzi, 19, berkata, penyakit yang hanya disedari tiga bulan lalu merebak dengan cepat menyebabkan badannya membengkak. - Foto Sinar Harian
Video konvoi tentera Rusia di lebuh raya Syria tular
Rakaman video konvoi besar kenderaan tentera Rusia dengan sebahagiannya membawa bendera negara itu menuju ke utara Syria tular di media sosial.
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta, ditipu pelaburan tidak wujud
Seorang warga emas kerugian RM1,590,800 apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Nyanyian karol meriahkan persiapan sambut Krismas
Di Tawau lazimnya acara ini awal disember setiap tahun dari jam 7 malam dan ada kalanya sehingga jam 1 pagi.
376 peserta terpilih sertai SY Startup 2024
Ekoran sambutan hangat ini Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah mengesahkan program ini akan diteruskan pada tahun hadapan.
Kerajaan Sarawak berusaha tingkatkan pengeluaran beras
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata bekalan makanan di negara ini mencukupi.
Penyelaras Kemanusiaan PBB suarakan kebimbangan krisis kemanusiaan yang semakin memuncak di Gaza
Muhannad Hadi melahirkan kebimbangan terhadap keadaan keselamatan dan kemanusiaan yang semakin merosot di Semenanjung Gaza.
Loji Electrolyser Sejingkat kurangkan masa penghasilan hidrogen
Loji electrolyser pertama Sarawak di Sejingkat berjaya mengurangkan masa penghasilan satu kilogram hidrogen kepada 30 kilowatt perjam berbanding 40 kilowatt perjam sehingga Julai lalu.
Fadillah setuju dua jawatan tertinggi PBB tidak dipertandingkan
PBB dijadual mengadakan perhimpunan agungnya pada Februari 2025 dengan pertandingan dikatakan tertumpu kepada saingan jawatan Naib Yang DiPertua
PBB perlu bersedia seakarang hadapi PRN - Fadillah
Naib Presiden Kanan PBB Datuk Seri Fadillah Yusof mengingatkan anggota parti itu agar tidak selesa dengan kemenangan besar dan pujian yang diberi kepada kerajaan sebaliknya fokus agar tidak terlepas kuasa ke tangan pihak lain.
353 premis KEMAS rosak akibat banjir di lapan negeri
Sebanyak 353 premis Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) rosak akibat banjir yang melanda lapan negeri sejak November lepas, membabitkan kerugian hampir RM6 juta.
'Ibu, Affiq takut.. tak nak mati' - Remaja ini rayu bantuan
Mohd Affiq Najmiey Mohd Pauzi, 19, berkata, penyakit yang hanya disedari tiga bulan lalu merebak dengan cepat menyebabkan badannya membengkak.