Mayat mendiang ASP Michael Padel yang maut diserang penceroboh di Semporna akan disemadi di Tanah Perkuburan Katolik Kampung Tebakang Bidayuh, Serian pada Rabu ini.

Upacara pengkebumian akan diadakan selepas majlis keagamaan di Gereja Sacred Heart Tebekang selesai.

Mayat mendiang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching pada petang Isnin menggunakan pesawat TUDM dari Tawau.

Ia dibawa ke rumah keluarganya di Tebekang Dayak, Serian.

Suasana sedih dan pilu menyelubungi ahli keluarga yang meratapi pemergian mendiang.

Walaupun sedih, ibu mendiang, Elizabeth Inat Rau amat berbangga dengan anaknya kerana berjuang mempertahankan negara.

Kakaknya, Vivian Ak Padel, memberitahu kali terakhir berjumpa Michael pada hari Gawai tahun lepas.

Michael merupakan anak bongsu daripada 3 orang beradik gugur dalam insiden tembakan di perkampungan Srijaya, Simunul, Semporna.