awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Aspek perjawatan, skim AKPS dijangka selesai selewatnya awal suku kedua 2026 - KP
AKPS perlu 400 pegawai penyiasat sokong keperluan operasi - Mohd Shuhaily
Tindakan tegas terhadap kontraktor lewat siapkan projek KKR - Menteri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ibu bapa boleh dikenakan tindakan jika biar anak keluar rumah pada tengah malam - KP Johor

Shahrul Hassan
Shahrul Hassan
03/04/2017
07:02 MYT
Ibu bapa boleh dikenakan tindakan jika biar anak keluar rumah pada tengah malam - KP Johor
Sekiranya selepas ini polis berjaya mengesan aktiviti itu dan menangkap yang terlibat, tindakan tegas itu akan dibuat serta merta mengikut akta kanak-kanak 2001.
Ketua Polis Johor, Datuk Wan Ahmad Najmuddin Mohd melahirkan rasa kesal terhadap segelintir remaja yang masih berkumpul di tengah malam, bagi mengadakan perlumbaan basikal yang diubah suai.
Justeru, beliau berkata pihak polis tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas terhadap ibu bapa yang membiarkan anak mereka berada di luar rumah dan terlibat dalam aktiviti berkenaan.
Jelasnya, selepas insiden maut yang meragut nyawa lapan remaja, masih terdapat remaja yang berbuat demikian, malah kali ini lebih dasyat apabila ia turut melibatkan remaja perempuan.
Sehubungan itu, sekiranya selepas ini polis berjaya mengesan aktiviti itu dan menangkap yang terlibat, tindakan tegas itu akan dibuat serta merta mengikut Akta Kanak-Kanak 2001.
“Sekiranya terpaksa, saya akan arahkan semua Ketua Polis Daerah untuk ambil tindakan terhadap ibu bapa yang membiarkan anak anak pada keluar tengah malam.
“Saya telah pun minta pihak berkenaan untuk serahkan laporan kepada saya, dan saya akan unjurkan kepada pejabat Menteri Besar dengan beberapa cadangan supaya tindakan segera dapat diambil terhadap masalah ini,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas membuat lawatan ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru sempena peringatan Hari Polis ke 210.
Tindakan itu dibuat kerana tidak mahu insiden kemalangan yang melibatkan lapan remaja dan sebuah kenderaan pada Februari lepas, berulang kembali.
Jelasnya lagi, beliau sudah mengarahkan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan (JBS), Asisten Komisioner Sulaiman Salleh untuk membuat satu laporan mengenai tangkapan 22 remaja pada 1 April lepas.
Berikutan itu, beliau akan menyerahkan laporan itu bersama beberapa cadangan kepada pejabat Menteri Besar Johor, supaya tindakan segera dapat diambil.
Topic Berkaitan
#basikal
#ibu bapa
#Johor
#KP
#Menteri Besar
#PDRM
#polis
#Wan Ahmad Najmuddin Mohd
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan