awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
Murid tahun satu wajar didedah awal aktiviti Pengakap - Nurul Izzah
SUKAN
Projek NTC berjalan lancar, dijangka siap tanpa kelewatan
MALAYSIA
Adabi nafi dakwaan video tular kaitkan pengasas dengan isu penderaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MALAYSIA

Ibu bapa digalakkan libatkan anak dalam sukan catur - Dr Wan Azizah

Bernama
Bernama
26/06/2025
15:00 MYT
Sponsor Banner
Ibu bapa digalakkan libatkan anak dalam sukan catur - Dr Wan Azizah
Dr Wan Azizah beramah mesra bersama para peserta Kejohanan Catur Berpasukan Terbuka Kebangsaan 2025 Trofi Piala PMX di Pusat Belia Antarabangsa hari ini. - Gambar Bernama
KUALA LUMPUR: Ibu bapa disaran untuk melibatkan anak-anak dalam sukan catur yang terbukti merangsang daya fikir dan meningkatkan kecerdasan minda.
Ahli Parlimen Bandar Tun Razak Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata keunikan sukan itu adalah kerana ia bersifat inklusif dan boleh disertai semua golongan tanpa mengira usia, jantina dan keupayaan fizikal.
"Kita galakkan ibu bapa dan keluarga terutamanya di Parlimen Bandar Tun Razak untuk memberi sokongan kepada anak-anak menyertainya.
"Kita nak pastikan anak-anak tidak terjerumus melakukan perkara negatif," katanya ketika merasmikan Kejohanan Catur Berpasukan Terbuka Kebangsaan 2025 - Trofi PMX di sini, hari ini.
Dr Wan Azizah yang juga isteri Perdana Menteri turut merakamkan penghargaan kepada Persekutuan Catur Malaysia (MCF) atas usaha berterusan memajukan sukan catur tanah air menerusi penganjuran pelbagai seminar, kelas latihan dan kejohanan hampir setiap hujung minggu.
Beliau menegaskan kejohanan seumpama itu bukan sekadar pertandingan malah merupakan medan penting dalam melahirkan bakat baharu catur negara termasuk Grandmaster pertama Malaysia.
"Kejohanan ini bukanlah sekadar satu pertandingan, ia satu seruan untuk bertindak dan kita mahu negara kita melahirkan Grandmaster yang pertama...dan kita mahu juga Grandmaster wanita," katanya.
Sehubungan itu katanya kerjasama bersepadu antara Kementerian Belia dan Sukan, Kementerian Pendidikan, Kementerian Pendidikan Tinggi serta persatuan dan kelab catur perlu dilaksanakan bagi memperkukuh ekosistem pembangunan sukan berkenaan.
Sementara itu, Presiden MCF Akhramsyah Muammar Ubaidah Sanusi berkata kejohanan yang berlangsung hari ini hingga Ahad (29 Jun) dan disertai 350 peserta itu adalah bagi memajukan catur dalam acara berpasukan.
"Sebab antara masalah kita, dari segi susunan kejohanan yang ada di Malaysia sekarang, kebanyakannya adalah pertandingan peringkat individu...pertandingan peringkat berpasukan, dinamiknya berbeza," katanya.
Format kejohanan dikekalkan daripada tahun lepas dengan kawalan masa standard iaitu 90 minit + 30 saat untuk tujuh pusingan sistem Swiss.
Pertandingan itu menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan RM30,000 termasuk RM6,000 untuk juara serta anugerah khas kepada tiga persatuan catur negeri terbaik.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kementerian Belia dan Sukan
#kecerdasan minda
#daya fikir
#keupayaan fizikal
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami