PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) menasihatkan ibu bapa yang bercadang mengkhatankan anak mereka pada musim cuti sekolah ini supaya melakukan prosedur tersebut di fasiliti yang berdaftar dengan KKM.
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad dalam kenyataan semalam berkata mereka juga perlu memastikan proses berkhatan dikendalikan pengendali dan pengamal perubatan berdaftar dengan KKM serta terlatih dalam menjalankan prosedur itu.
"Sekiranya ibu bapa ingin mengkhatankan anak di program anjuran yang dijalankan di luar fasiliti kesihatan, KKM menyarankan anak tersebut berumur tujuh tahun dan ke atas memandangkan mereka lebih matang dan bersedia secara mental, selain mempunyai keadaan fizikal atau anatomi zakar yang normal serta sesuai setelah menjalani pemeriksaan dan disahkan doktor sebelum berkhatan," katanya.
Bagi kanak-kanak yang tidak memenuhi kriteria di atas, ibu bapa boleh mendapatkan nasihat doktor dan pakar perubatan di mana-mana fasiliti kesihatan berdekatan.
Dr Dzulkefly berkata berdasarkan audit berkhatan bagi kanak-kanak lelaki yang telah dijalankan oleh KKM pada cuti persekolahan sepanjang tempoh 14 Dis hingga 1 Jan lepas, terdapat peningkatan bilangan kes rujukan ke hospital KKM bagi komplikasi selepas berkhatan.
Menurutnya ia melibatkan komplikasi minor seperti pendarahan dan jangkitan kuman, manakala komplikasi major seperti kecederaan pada glans penis, keradangan melampau dan pemotongan kulit berlebihan yang memerlukan pembedahan semula.
"Komplikasi ini tentu mengakibatkan kegusaran dan kebimbangan dalam kalangan ibu bapa dan kanak-kanak, dan membawa kepada gangguan mental serta menjejaskan perkembangan emosi kanak-kanak itu sendiri," katanya sambil menambah KKM memandang serius perkara itu.
Beliau turut menegaskan terdapat beberapa masalah kesihatan yang tidak sesuai untuk kanak-kanak itu menjalani prosedur berkhatan di luar hospital termasuk fizikal (anatomi) zakar yang tidak normal, pendarahan dan anak berkeperluan khas dan sebagainya.
Di samping itu, katanya sekiranya anak tidak dapat memberikan kerjasama semasa prosedur dijalankan, ibu bapa dinasihatkan tidak meneruskan prosedur itu sebaliknya membawa mereka ke hospital berdekatan untuk mendapatkan nasihat dan rawatan selanjutnya.
"Bawa anak ke fasiliti kesihatan yang berdekatan sekiranya berlaku komplikasi selepas berkhatan seperti pendarahan, perubahan warna pada zakar atau kulit sekelilingnya, jangkitan kuman (seperti demam, sakit dan bernanah) dan tidak boleh membuang air kecil, serta apa jua kebimbangan yang dirasakan perlu mendapatkan khidmat nasihat daripada pengamal perubatan," katanya.
Pada ketika ini, beliau berkata bagi memastikan prosedur berkhatan yang dijalankan adalah selamat, KKM telah menubuhkan satu Kumpulan Kerja Teknikal yang terdiri daripada pengamal perubatan kerajaan dan swasta bagi pemantauan aktiviti berkhatan di Malaysia.
Menurutnya KKM turut menjalankan latihan secara berterusan kepada pengamal perubatan dan menjalinkan kerjasama erat bersama pengamal perubatan swasta dan badan bukan kerajaan (NGO) terlibat prosedur berkhatan.
Tegas Dr Dzulkefly, hanya pengamal perubatan di fasiliti kesihatan kerajaan dan swasta terlatih dan kompeten sahaja dibenarkan menjalankan prosedur itu dengan kaedah dan peralatan yang telah mendapat kelulusan daripada Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA).
Dalam pada itu, katanya penganjur program berkhatan di luar fasiliti kesihatan yang merancang untuk menganjurkan program berkhatan pada musim cuti persekolahan ini juga perlu memaklumkan kepada KKM.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 22 2024
Dr Dzulkefly berkata, berdasarkan audit pada cuti persekolahan sepanjang tempoh 14 Dis hingga 1 Jan lepas, terdapat peningkatan bilangan kes rujukan ke hospital KKM bagi komplikasi selepas berkhatan. - Gambar fail/BERNAMA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 16 Mei 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mahkamah Persekutuan ganti hukuman mati pendandan rambut lelaki dengan penjara 40 tahun
Dalam penghakimannya, Tengku Maimun berkata hukuman mati Teh diketepikan dan diganti dengan hukuman penjara yang bermula dari tarikh dia ditangkap iaitu pada 15 Sept 2008.
Kerajaan negeri cadang skim khas untuk kakitangan awam kesihatan Johor Selatan
Kerajaan Johor mencadangkan kewujudan skim khas atau insentif khas kepada kakitangan awam kesihatan yang bertugas di Johor Selatan bagi mengisi kekosongan penjawatan sektor berkenaan.
Tumpuan Jumaat – 16 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Seorang lelaki selamat, seorang lagi hilang dalam tragedi memancing di Tasik Pedu
Mangsa dipercayai melakukan aktiviti memancing bersama rakannya sebelum terjatuh ke dalam tasik.
Tiket Kejohanan Badminton Masters Malaysia 2024 laris
Bahang kehangatan penganjuran Kejohanan Badminton Masters Malaysia 2024 di Axiata Arena Bukit Jalil dari 21 hingga 26 Mei ini kian dirasai selepas tiket kejohanan itu laris terjual.
Pengurus syarikat rugi lebih RM400,000 terpedaya pelaburan tidak wujud
Seorang pengurus syarikat swasta kerugian RM401,075 akibat menjadi mangsa sindiket penipuan pelaburan tidak wujud secara dalam talian.
Pasaran getah Malaysia ditutup tinggi, seiring niaga hadapan getah serantau
Pada 5 petang, harga rujukan getah fizikal LGM bagi GMM 20 berada pada 781 sen sekilogram manakala susu getah pukal pada 729.5 sen sekilogram.
Hoki Dalam Dewan Piala Asia: Malaysia raih tempat ketiga
Kemenangan tersebut mengulangi pencapaian dilakar pada edisi 2010, 2012 dan 2022.
Ibu bapa dinasihat bawa anak berkhatan di fasiliti berdaftar KKM - Dr Dzulkefly
Ibu bapa juga perlu pastikan proses berkhatan dikendalikan pengendali dan pengamal perubatan berdaftar dengan KKM serta terlatih.